Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gotong-royong platform kukuh silaturahim masyarakat berbilang kaum di Sarawak
  • WILAYAH

Gotong-royong platform kukuh silaturahim masyarakat berbilang kaum di Sarawak

Utusan Sarawak 3 days ago
ADUN Krian, Friday Belik telah menyertai Program Gotong Royong Mega sempena Program Cuci Malaysia yang berlangsung serentak di seluruh negara di Pekan Saratok, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Program Gotong-Royong Mega sempena Program Cuci Malaysia yang berlangsung serentak di seluruh negara turut mendapat sambutan hangat di Pekan Saratok baru-baru ini dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik yang turut hadir bersama komuniti setempat menyifatkan program itu sebagai wadah penting untuk memperkukuhkan silaturahim serta semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah berkenaan.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada Majlis Daerah Saratok (MDS) atas inisiatif menganjurkan program berimpak tinggi yang berjaya menghimpunkan warga komuniti, termasuk pelajar sekolah, ahli majlis serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

ADUN Krian, Friday Belik telah menyertai Program Gotong Royong Mega sempena Program Cuci Malaysia yang berlangsung serentak di seluruh negara di Pekan Saratok, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

“Program seperti ini bukan sekadar membersihkan Kawasan tetapi berperanan besar sebagai platform penyatuan di mana masyarakat tanpa mengira kaum atau latar belakang dapat bersama-sama menjayakan aktiviti bermakna,” katanya.

Friday turut menggesa masyarakat agar terus memupuk rasa tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar demi kelestarian kehidupan dan kesejahteraan generasi akan datang. 

Menurutnya, budaya gotong-royong perlu menjadi amalan berterusan bukan hanya pada musim tertentu.

ADUN Krian, Friday Belik telah menyertai Program Gotong Royong Mega sempena Program Cuci Malaysia yang berlangsung serentak di seluruh negara di Pekan Saratok, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

Beliau menegaskan usaha ini juga seiring dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak yang menekankan tiga teras utama, khususnya menjadikan alam sekitar bersih dan mampan menjelang 2030.

“Komitmen bersama ini akan memastikan Saratok dan seluruh Sarawak mampu melangkah ke arah pembangunan mampan dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar,” tambah beliau.

Friday menambah, kehadiran pelbagai pihak ini membuktikan komitmen bersama bahawa semangat gotong-royong bukan sekadar tradisi, sebaliknya platform kukuh dalam membina keharmonian sosial serta memperteguh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Saratok.

Program berkenaan turut disertai oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohamad Dino Amid, Setiausaha MDS, Mc Crea Joseph Pererra, wakil ADUN Kalaka, Gapor Ahmad serta wakil pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan dan komuniti tempatan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bengkel kesihatan, kebersihan dan zakat harta perkasa ilmu KMKK Saratok
Next: Polis minta bantuan orang ramai jejaki warga emas hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.