Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gotong-royong komuniti MDSA bersama JKKK semarakkan semangat kejiranan
  • Selatan
  • WILAYAH

Gotong-royong komuniti MDSA bersama JKKK semarakkan semangat kejiranan

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Francis Harden Hollis semasa hadir pada Program Pembangunan Komuniti MDSA Gotong-Royong dengan kerjasama JKKK Kampung Muhibbah Zon Selatan, di sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Program Pembangunan Komuniti Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) bersama JKKK Kampung Muhibbah Zon Selatan terus membuktikan komitmen tinggi masyarakat setempat dalam menjaga kebersihan dan semangat perpaduan melalui aktiviti gotong-royong yang berlangsung meriah, di sini kelmarin.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis yang turut hadir berkata penganjuran program seumpama ini menjadi platform penting mengangkat peranan kerajaan tempatan dalam memberi perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, khususnya dalam aspek kebersihan dan kesejahteraan komuniti.

“Program ini bukan sekadar membersihkan kawasan, tetapi juga memupuk kesedaran sivik dan semangat kerjasama antara penduduk serta pihak berkuasa tempatan,” katanya ketika berucap ringkas pada majlis tersebut.

DATUK Francis Harden Hollis semasa hadir pada Program Pembangunan Komuniti MDSA Gotong-Royong dengan kerjasama JKKK Kampung Muhibbah Zon Selatan, di sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

Menurut beliau, kejayaan program yang telah dijalankan sejak beberapa tahun lalu adalah hasil sinergi kukuh antara MDSA, ahli majlis serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sentiasa komited memastikan setiap inisiatif memberi impak positif kepada masyarakat.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pegawai-pegawai MDSA, ketua-ketua kaum dan penduduk kampung yang terus mendukung agenda kerajaan menyantuni rakyat melalui perkhidmatan komuniti dan perkongsian maklumat.

Program gotong-royong kali ini disertai oleh ahli-ahli majlis, pegawai MDSA, serta penduduk sekitar yang berganding bahu membersihkan kawasan kampung dalam suasana penuh muhibah.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis Meradong perkukuh hubungan komuniti sekolah melalui lawatan pemantauan
Next: Ujian ketahanan fizikal dan mental: Latihan lasak APM di Spaoh, Betong dan Debak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.