Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gotong-royong di Tebingan Sungai Limbang pupuk kesedaran kebersihan
  • Utara
  • WILAYAH

Gotong-royong di Tebingan Sungai Limbang pupuk kesedaran kebersihan

Utusan Sarawak 7 hours ago

BERGOTONG ROYONG…
(enam dari kiri) Liaw, Chua dan yang lain pada program gotong royong membersihkan Tebingan Sungai Limbang.

LIMBANG: Kumpulan Wanita Persatuan Hokkien Limbang mengadakan program mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan sungai melalui aktiviti gotong-royong di kawasan Tebingan Sungai Limbang hari ini.

Pengerusinya yang juga Ahli Majlis Daerah, Kaunselor Liaw Lee Hiong berkata Tebingan Sungai Limbang merupakan antara produk pelancongan yang perlu dipelihara dan dijaga dengan baik.

Menurut beliau, penganjuran program tersebut dapat mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup sihat, bertanggungjawab serta lebih cakna terhadap isu kebersihan alam sekitar.

“Sebagai persiapan untuk program Sarawakku Sayang di Limbang, kami mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama agensi lain melalui aktiviti gotong-royong mengutip sampah bagi memastikan bandar Limbang kekal bersih.

“Program seperti ini bukan sahaja bertujuan menjaga kebersihan, malah mendidik masyarakat tentang tanggungjawab terhadap alam sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, program CSR merupakan inisiatif penting dalam memastikan bandar Limbang kekal bersih sekali gus berupaya menarik lebih ramai pelancong.

Katanya lagi, persatuan itu akan terus melaksanakan pelbagai program CSR sebagai usaha menyokong aspirasi kerajaan Sarawak agar kebajikan rakyat di peringkat akar umbi terus diberi perhatian.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Hokkien Limbang, David Chua Kien Teen.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: KPM digesa siasat tragedi berkayak, keluarga mangsa tuntut penjelasan
Next: RM46,727 untuk naik taraf Surau An-Nur Rahman Kampung Metang Disa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.