Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gotong-royong bubur lambuk satukan komuniti berbilang kaum di Simanggang
  • Selatan
  • WILAYAH

Gotong-royong bubur lambuk satukan komuniti berbilang kaum di Simanggang

Utusan Sarawak 7 hours ago
KRT Bandar Simanggang dengan kerjasama KRT Kampung Tengah serta Sarawak Skills Sri Aman telah mengagihkan 500 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai, petang ini. Foto: KRT Bandar Simanggang

SIMANGGANG: Semangat perpaduan dan kebersamaan jelas terserlah apabila Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Simanggang dengan kerjasama KRT Kampung Tengah serta Pusat Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) Sri Aman menganjurkan aktiviti memasak dan mengagihkan 500 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai, petang ini.

Program tersebut diadakan di tingkat bawah bangunan Tokong Ci Yun, sebuah rumah ibadat bersejarah yang telah berusia lebih 100 tahun di Bandar Simanggang. Lokasi berkenaan dipilih kerana ruangnya yang luas dan sesuai untuk aktiviti gotong-royong melibatkan masyarakat setempat.

KRT Bandar Simanggang dengan kerjasama KRT Kampung Tengah serta Sarawak Skills Sri Aman telah mengagihkan 500 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai, petang ini. Foto: KRT Bandar Simanggang

Suasana program berlangsung meriah apabila para peserta bersama-sama menyediakan bahan, memasak serta membungkus bubur lambuk sebelum diagihkan kepada orang ramai. Aktiviti tersebut turut menarik penyertaan sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pengerusi KRT Bandar Simanggang, Tay Cho Seng berkata, program seumpama ini bukan sahaja bertujuan mengagihkan makanan kepada masyarakat, malah menjadi platform mengeratkan hubungan antara komuniti.

Menurutnya, penglibatan masyarakat berbilang kaum dalam aktiviti gotong-royong ini mencerminkan semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan penduduk setempat.

KRT Bandar Simanggang dengan kerjasama KRT Kampung Tengah serta Sarawak Skills Sri Aman telah mengagihkan 500 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai, petang ini. Foto: KRT Bandar Simanggang

“Di Sarawak, tradisi mengagihkan bubur lambuk ketika Ramadan semakin menjadi amalan komuniti yang merentasi batas kaum dan agama,” katanya.

Beliau menambah, penyertaan masyarakat daripada pelbagai latar belakang bukan sahaja memperlihatkan semangat berkongsi dan prihatin yang sinonim dengan Ramadan, malah memperlihatkan keharmonian masyarakat majmuk yang menjadi identiti negeri ini.

Program tersebut juga menonjolkan keunikan budaya Sarawak di mana masyarakat berbilang kaum dan agama dapat bekerjasama serta saling menghormati dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan.

Pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh hubungan antara komuniti serta memupuk semangat perpaduan, di samping memelihara warisan budaya unik Sarawak yang menekankan nilai hormat, kerjasama dan kebersamaan dalam masyarakat.

Turut hadir dan mengambil bahagian dalam pengagihan bubur lambuk ialah wakil Pegawai Perpaduan, Suzie Masin; Pengurus Sarawak Skills Sri Aman, Dexter Jagit; Temenggong Kueh Aik Seng; Timbalan Pengerusi KRT Bandar Simanggang, Simon Khoo Guan Shin; Bendahari Ngu Sze Lee; serta Penolong Setiausaha Tan Ting Lung.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Islam Sarawak bantu pengoperasian Mahad Tahfiz Lawas
Next: Persatuan Anak Kabong lantik jawatankuasa baharu, perkukuh agenda Anak Kabong di perantauan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.