Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gotong-royong baik pulih jambatan Kampung Debak Laut
  • Tengah
  • WILAYAH

Gotong-royong baik pulih jambatan Kampung Debak Laut

Utusan Sarawak 3 months ago
PROGRAM gotong-royong membaik pulih jambatan gantung yang rosak di Kampung Debak Laut pagi semalam.

DEBAK: Program gotong-royong untuk membaik pulih jambatan gantung yang rosak akibat vandalisme telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Kampung Debak Laut pagi semalam.

Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini turut melibatkan kehadiran Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Gotong-royong ini dianjurkan dengan tujuan untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan komuniti setempat serta memberi pengajaran penting mengenai tanggung jawab bersama dalam menjaga kemudahan yang telah disediakan untuk kegunaan bersama.

Keputusan untuk mengadakan program gotong-royong ini timbul selepas jambatan gantung yang menghubungkan dua kawasan di Kampung Debak Laut mengalami kerosakan teruk akibat kejadian kecurian dan vandalisme.

DATUK Mohammad Razi Sitam turut bersama-sama penduduk mengadakan program gotong-royong tersebut.

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas telah menerima cadangan daripada penduduk kampung untuk membaik pulih jambatan tersebut melalui aktiviti gotong-royong, tidak teragak-agak untuk turun padang bersama penduduk kampung untuk memastikan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan dengan lancar.

“Gotong-royong ini adalah satu usaha yang sangat penting dalam memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat. Kita perlu berganding bahu dalam menjaga dan memelihara kemudahan yang ada, agar dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti,” katanya.

Program gotong-royong ini turut melibatkan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak (LAKMD) bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Debak Laut Hilir dan Kampung Debak Laut Hulu serta penduduk kampung.

Turut hadir, Temenggong Piee Alwi, Penghulu Abang Kifrawi Rukaili, Penghulu Moktar Bakri serta barisan ketua kaum di Debak Laut.

Aktiviti gotong-royong ini tidak hanya memberi manfaat dalam pembaikan jambatan gantung, tetapi juga menjadi platform untuk mempererat hubungan antara pemimpin dan rakyat dalam memajukan komuniti setempat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KMKK Islam Sri Aman hulur sumbangan mangsa banjir
Next: Pastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.