Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Google lancar versi beta terjemahan masa nyata menerusi fon kepala
  • TEKNOLOGI

Google lancar versi beta terjemahan masa nyata menerusi fon kepala

Utusan Sarawak 8 hours ago
GOOGLE perkenal versi beta terjemahan masa nyata menerusi fon kepala. Foto Agensi

SAN FRANCISCO: Google pada Jumaat mengumumkan pelancaran ciri beta yang membolehkan pengguna mendengar terjemahan masa nyata menerusi fon kepala, ketika syarikat itu meningkatkan usaha memperkukuh perkhidmatan terjemahan dan pembelajaran bahasa, lapor Xinhua.

Ciri baharu itu, yang boleh diakses melalui aplikasi Google Translate, menyediakan terjemahan langsung sambil mengekalkan nada, penekanan dan irama pertuturan penutur, sekali gus menjadikan perbualan lebih mudah difahami.

“Sama ada anda cuba berbual dalam bahasa berbeza, mendengar ucapan atau kuliah ketika berada di luar negara, atau menonton rancangan televisyen atau filem dalam bahasa lain, anda kini boleh memakai fon kepala, membuka aplikasi Translate, menekan ‘Live translate’ dan mendengar terjemahan masa nyata dalam bahasa pilihan anda,” kata Naib Presiden Produk dan Carian Google, Rose Yao dalam satu catatan blog.

Ciri beta itu kini mula dilancarkan pada peranti Android di Amerika Syarikat, Mexico dan India. 

Ia menyokong lebih 70 bahasa dan serasi dengan semua jenis fon kepala. 

Google berkata ia merancang untuk memperluas ciri berkenaan ke peranti iOS serta lebih banyak negara pada 2026. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 36 kakitangan JTS, DBKU terima sijil RCOC-B perkasa teknologi dron

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.