Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Golongan OKU digesa daftar JKM, nikmati 30 bantuan dan keistimewaan
  • SEMASA

Golongan OKU digesa daftar JKM, nikmati 30 bantuan dan keistimewaan

Utusan Sarawak 2 days ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Betong 2025 yang diadakan di Saratok, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) digesa untuk mendaftarkan diri dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan mereka menikmati hampir 30 jenis bantuan dan keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan serta pihak swasta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata pendaftaran dengan JKM amat penting bagi memastikan setiap OKU dapat menerima bantuan dan sokongan sewajarnya termasuk dalam aspek kebajikan, pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan kemudahan awam.

“Sehingga Disember 2024, terdapat 736,607 OKU berdaftar di Malaysia bawah tujuh kategori ketidakupayaan.

“Bagi Bahagian Betong, sebanyak 1,167 OKU telah berdaftar dari 2020 hingga Oktober 2025,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Betong 2025 yang diadakan di Saratok, semalam.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Betong 2025 yang diadakan di Saratok, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Menurut Mohamad Duri, masih ramai lagi OKU di luar sana yang belum mendaftar kerana kurang kesedaran mengenai kepentingan pendaftaran tersebut. 

Oleh itu, beliau menggesa semua lapisan masyarakat agar membantu dan menggalakkan OKU di kawasan masing-masing untuk berdaftar dengan JKM.

“Melalui pendaftaran, OKU bukan sahaja diiktiraf secara rasmi tetapi juga berpeluang menikmati pelbagai kemudahan seperti bantuan kewangan, peluang pekerjaan, latihan kemahiran, kemudahan pendidikan, serta diskaun dan sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta,” jelasnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada JKM kerana memilih Daerah Saratok sebagai tuan rumah sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Betong tahun ini, yang disambut lebih awal daripada tarikh rasmi 3 Disember seperti ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Betong 2025 yang diadakan di Saratok, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Katanya, sambutan Hari OKU merupakan wadah terbaik untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya keterangkuman golongan istimewa ini dalam arus pembangunan negara.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa di Bahagian Betong terdapat dua Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), masing-masingnya di Betong dan Saratok yang berperanan membantu kanak-kanak kurang upaya mendapatkan rawatan dan pemulihan awal.

“Saya berharap agar semangat sambutan ini dapat menyemarakkan kesedaran masyarakat MADANI untuk menghormati hak dan peluang sama rata kepada golongan OKU agar mereka tidak merasa tersisih serta dapat turut menyumbang kepada pembangunan negara,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak rancang bina empangan melata dwi fungsi jana tenaga, kawal populasi buaya
Next: Tun Wan Junaidi luang masa bersama rakan-rakan lama di Kuala Lumpur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.