Golongan muda perlu bijak fahami perkembangan politik – Johnny Pang

Facebook
WhatsApp
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Komuniti: Penerangan Pilihan Raya yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kampung Jabai, Bintulu, hari ini.

BINTULU: Golongan muda perlu mengambil tahu dan memahami perkembangan politik semasa secara matang bagi memastikan mereka dapat membuat keputusan yang tepat berkaitan masa depan diri dan masyarakat.

Perkara itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Komuniti: Penerangan Pilihan Raya di Dewan Muktamar, Kampung Jabai, di sini, hari ini.

Menurut Johnny, politik dan pilihan raya mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan seharian masyarakat kerana pelbagai aspek termasuk pendidikan, ekonomi, peluang pekerjaan, pembangunan komuniti, kemudahan awam dan dasar kerajaan memberi kesan kepada rakyat.

Katanya, pilihan raya bukan hanya urusan ahli politik, sebaliknya merupakan urusan bersama kerana rakyat mempunyai hak untuk memilih wakil yang akan membawa suara mereka.

MEJA KE MEJA..Johnny Pang beramah mesra dan berbincang bersama penduduk setempat pada Program Pemimpin Bersama Komuniti: Penerangan Pilihan Raya di Dewan Muktamar, Kampung Jabai, Bintulu, hari ini.

“Saya sentiasa menggalakkan golongan muda supaya mengambil tahu tentang perkembangan semasa. Fahami dasar kerajaan, ikuti isu masyarakat, sertai aktiviti komuniti dan berani menyuarakan pandangan secara matang,” katanya.

Johnny berkata, wakil rakyat bukan sekadar berperanan membantu menyelesaikan masalah di kawasan masing-masing, malah turut membawa suara rakyat, membincangkan undang-undang dan terlibat dalam dasar yang memberi kesan kepada masyarakat.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak menganggap satu undi sebagai sesuatu yang tidak penting kerana setiap undi mempunyai makna dalam sistem demokrasi.

“Mengundi adalah hak, dan pada masa yang sama satu tanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Johnny turut memberi perhatian terhadap cabaran penyebaran maklumat menerusi media sosial, khususnya dalam menghadapi perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, masyarakat kini menerima pelbagai maklumat menerusi platform seperti Facebook, TikTok dan WhatsApp, namun tidak semua maklumat yang diterima adalah benar.

Katanya, teknologi AI juga membolehkan gambar diubah, suara ditiru serta video disunting atau dijana, sekali gus menyebabkan masyarakat perlu lebih berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu kandungan.

“Banyak maklumat tidak bermaksud semuanya benar,” katanya.

Beliau menyarankan masyarakat supaya mengamalkan tiga perkara sebelum berkongsi sesuatu maklumat iaitu melihat, menyemak dan memastikan sumbernya terlebih dahulu.

Johnny turut mengingatkan pemimpin masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat kepada komuniti memandangkan mereka mempunyai pengaruh dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berharap Program Pemimpin Bersama Komuniti: Penerangan Pilihan Raya dapat membantu masyarakat, khususnya golongan muda, memahami pilihan raya serta tanggungjawab mereka sebagai rakyat.

Katanya, mengambil tahu tentang politik tidak bermaksud seseorang perlu menjadi ahli politik, sebaliknya penting kerana perkembangan politik mempunyai kaitan dengan kehidupan, komuniti dan masa depan masyarakat.

Oleh Faizah Muzidi

Internet berpagar diperluas ke premis awam, IPTS

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor merancang memperluas perkhidmatan ‘Internet berpagar’ ke premis awam