Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Golongan belia anggap politik kotor, perlu kembalikan keyakinan – Abdullah Saidol
  • SEMASA

Golongan belia anggap politik kotor, perlu kembalikan keyakinan – Abdullah Saidol

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol ketika ditemui Utusan Sarawak pada Konvensyen GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

KUCHING: Persepsi golongan belia yang menganggap politik sebagai kotor dan dipenuhi unsur tidak berintegriti perlu diubah bagi mengembalikan keyakinan terhadap institusi kepimpinan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata ramai anak muda ketika ini enggan terlibat dalam politik kerana melihatnya sebagai medan yang dipenuhi penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Menurutnya, keadaan itu tidak seharusnya dibiarkan berterusan kerana politik sebenarnya merupakan wadah untuk membawa kebaikan kepada masyarakat.

“Kalau orang baik tidak masuk politik, maka orang yang tidak baik akan menguasainya. Jadi penting untuk kita galakkan golongan muda yang berintegriti tampil ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak bagi mengulas ucapan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Konvensyen GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Dalam pada itu, katanya pesanan Premier Sarawak berhubung kepimpinan yang berteraskan integriti dan keikhlasan membawa makna mendalam khususnya dari sudut tanggungjawab moral dan kerohanian seorang wakil rakyat.

Katanya, setiap pemimpin yang diberi kuasa dan kedudukan perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri.

“Premier Sarawak kerap menekankan soal integriti, nilai kemanusiaan serta tanggungjawab wakil rakyat supaya tidak menyalahgunakan kuasa.

“Ini bukan sahaja melibatkan pembangunan di kawasan masing-masing tetapi juga nilai kerohanian seperti berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata krisis keyakinan rakyat terhadap pemimpin politik ketika ini turut berpunca daripada sikap segelintir wakil rakyat yang membuat janji tetapi gagal menunaikannya.

Katanya, situasi itu memberi kesan kepada imej keseluruhan kepimpinan walaupun masih ramai wakil rakyat yang berkhidmat dengan jujur dan ikhlas.

Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan bahawa usaha untuk memulihkan kepercayaan rakyat perlu bermula dengan contoh kepimpinan yang baik, berintegriti serta mengutamakan kepentingan masyarakat.

Dalam perkembangan sama, Abdullah berkata pendekatan politik di Sarawak adalah ke arah membina dan membantu rakyat selaras dengan usaha kerajaan negeri di bawah pimpinan GPS.

Menurutnya, kepimpinan GPS mengamalkan pendekatan inklusif dengan setiap keputusan dibuat berdasarkan pandangan bersama, bukannya sekadar persetujuan tanpa perbincangan.

“Dalam mesyuarat, Premier Sarawak sentiasa mendapatkan pandangan daripada semua pihak sebelum membuat keputusan bagi memastikan hasilnya adalah yang terbaik,” jelasnya.

Tambah beliau, pendekatan itu terbukti berkesan apabila pelbagai inisiatif ekonomi yang dilaksanakan berjaya meningkatkan pendapatan negeri sekali gus membolehkan pelaksanaan projek pembangunan berskala besar termasuk pembinaan jambatan menggunakan dana sendiri.

Dalam pada itu, beliau berkata konvensyen tersebut bukan sahaja sebagai persiapan menghadapi pilihan raya, tetapi juga platform untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan kepimpinan dan ahli parti.

Katanya, perhimpunan seumpama itu penting bagi memastikan semua pihak memahami hala tuju serta agenda pembangunan kerajaan negeri sekali gus mampu menangkis sebarang dakwaan tidak berasas daripada pihak pembangkang.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri termasuk Sarawak
Next: PDP sedia hadapi PRN, perpaduan dalam GPS jadi kekuatan utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.