Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Golden Hill Villa antara projek disiasat – Michael Tiang
  • SEMASA

Golden Hill Villa antara projek disiasat – Michael Tiang

Utusan Sarawak 1 day ago

BINTULU: Pemaju projek perumahan yang gagal menyiapkan pembangunan mengikut perjanjian jual beli akan dikenakan tindakan tegas termasuk disenarai hitam, didenda dan kehilangan deposit.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata tindakan undang-undang juga boleh dikenakan terhadap individu yang bertanggungjawab dalam syarikat pemaju terbabit.

“Kementerian akan mengarahkan pemaju meneruskan kerja pembinaan dan sekiranya mereka gagal mematuhi arahan tersebut, tindakan tegas akan diambil termasuk menyenarai hitam syarikat, mengenakan denda dan melucutkan deposit yang telah dibayar.

“Kita juga akan mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab dalam syarikat pemaju. Sekiranya individu berkenaan gagal mematuhi arahan kementerian, mereka juga boleh disenarai hitam mengikut peruntukan ordinan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau projek perumahan Golden Hill Villa di Jalan Sibiyu, Bintulu, hari ini.

Tambahnya, kementerian kini sedang mengenal pasti projek-projek perumahan terbengkalai di seluruh Sarawak yang tertangguh lebih setahun, sebagai langkah melindungi hak pembeli.

“Pasukan petugas khas kementerian telah digerakkan ke seluruh Sarawak bagi menangani projek-projek yang bermasalah.

“Inisiatif ini bukan sahaja melibatkan Bintulu, tetapi turut merangkumi Kuching, Sibu dan kawasan lain yang dikenal pasti mempunyai projek perumahan bermasalah,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sultan Nazrin berkenan lawat anggota FRU dirawat di HTI, santuni waris
Next: Perpaduan rakyat Sarawak kekuatan utama tuntut hak MA63 – Dr Annuar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.