Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gol Saka bawa Arsenal ke final Eropah selepas 20 tahun
  • SUKAN

Gol Saka bawa Arsenal ke final Eropah selepas 20 tahun

Utusan Sarawak 5 hours ago

Aksi Bukayo Saka menjaringkan gol kemenangan Arsenal ketika menewaskan Atletico Madrid 1-0 di Stadium Emirates. Foto AFP

LONDON: Bukayo Saka muncul wira apabila jaringan tunggalnya membawa Arsenal ke final Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Gol Saka pada minit ke-44 memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madriddi Stadium Emirates awal pagi tadi, sekali gus melengkapkan agregat 2-1 selepas seri 1-1 pada aksi pertama di Madrid.

Anak buah Mikel Arteta kini hanya selangkah untuk mencipta sejarah, dengan lawan di final sama ada Paris Saint-Germain atau Bayern Munich di Budapest, 30 Mei ini.

Ini merupakan kemunculan final pertama Arsenal sejak tewas 1-2 kepada Barcelona pada 2006, dan mereka masih memburu trofi UCL pertama dalam sejarah kelab.

Musim ini boleh menjadi paling gemilang buat The Gunners yang juga berada di landasan memburu kejuaraan Liga Perdana.  

Saka, produk akademi kelab, sekali lagi membuktikan statusnya sebagai tonggak utama era Arteta apabila tenang menyempurnakan peluang hasil muntahan penjaga gol lawan.

Arsenal yang sebelum ini dilabel ‘hampir berjaya’ dan ‘gagal di saat akhir’, kini semakin hampir menamatkan kemarau trofi besar dan mencipta musim bersejarah.

Di sebalik tekanan hebat, pertahanan Arsenal kekal kental menahan asakan Atletico pada babak kedua untuk memastikan tiket final menjadi milik mereka. – AFP

Continue Reading

Previous: Gelanggang futsal Taman Harmoni bakal berbumbung menjelang 2027
Next: Arteta puji penyokong, faktor kebangkitan Arsenal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.