Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gol Daniel Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0
  • SUKAN

Gol Daniel Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0

Utusan Sarawak 14 hours ago
GOL tunggal pemain tengah Muhammad Danial Amier Norhisham sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan 1-0 Kuching City FC ke atas Kelantan The Real Warriors FC pada aksi Liga Super 2025/2026 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam ini. Foto Kuching City FC

KUALA LUMPUR: Gol tunggal pemain tengah Muhammad Danial Amier Norhisham sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan 1-0 Kuching City FC ke atas Kelantan The Real Warriors FC pada aksi Liga Super 2025/2026 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Tiga mata dikutip itu melebarkan rekod tanpa kalah Kuching City bimbingan Aidil Sharin Ishak kepada lima perlawanan, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tempat kedua dalam perebutan bersama Selangor FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC.

Pada pertembungan malam ini, Muhammad Danial atau lebih dikenali sebagai Daniel Amier menyumbat gol kemenangan pasukan pada minit ke-20 hasil rembatan dari jarak dekat untuk menewaskan penjaga gol Damyanov Damyan Valeriy.

Pasukan tuan rumah memperoleh peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan, namun rembatan Albert Sang dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol Kuching City Muhammad Haziq Nadzli pada minit ke-60 sebelum kedudukan kekal hingga wisel penamat.

Selepas 13 perlawanan, Kuching City mengumpul 28 mata manakala Selangor dan KL City masing-masing mengutip 25 mata di tempat ketiga dan keempat dengan satu perlawanan dalam tangan, sementara Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal mendahului saingan dengan 36 mata selepas 12 perlawanan.

Kuching City yang mencatat tiga kemenangan dan dua seri dalam lima aksi terakhir akan bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 13 Januari, sekali gus berpeluang menebus kekalahan 0-1 pada aksi di Kuching, Ogos lepas.

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Malaysia sasar 55 emas pada Sukan Para ASEAN 2025
Next: Slot akui musim Liverpool penuh ‘perjuangan berterusan’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.