Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GJPBS buka Pejabat dan Pusat Latihan Baharu, sasar penubuhan pusat kecemerlangan jurutera Bumiputera
  • TEMPATAN

GJPBS buka Pejabat dan Pusat Latihan Baharu, sasar penubuhan pusat kecemerlangan jurutera Bumiputera

Utusan Sarawak 9 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan ketika perasmian pembukaan Pejabat dan Pusat Latihan Baharu GJPBS, Kuching.

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof menyempurnakan perasmian pembukaan Pejabat dan Pusat Latihan Baharu Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) di sini, pagi ini.

Pengerusi GJPBS, Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie, berkata, penubuhan pejabat dan pusat latihan tersebut bertujuan menjadi pusat tumpuan kepada ahli gabungan selain memudahkan urusan korespondensi bersama klien serta pihak berkepentingan.

“Pejabat ini berfungsi sebagai pusat rujukan untuk ahli-ahli gabungan, manakala pusat latihan pula membolehkan kami menganjurkan sesi libat urus serta latihan teknikal dan pembangunan kemahiran yang relevan dengan industri kejuruteraan.

“Pusat latihan tersebut juga menjadi langkah awal ke arah merealisasikan penubuhan Pusat Kecemerlangan GJPBS, selaras dengan perbincangan dan komitmen yang telah dibuat bersama Premier Sarawak sebelum ini.

IRWAN Zulkarnain Muhammad Hasbie bercakap ketika ditemui media selepas perasmian pembukaan Pejabat dan Pusat Latihan Baharu GJBS, Kuching.

“Semalam kami telah menganjurkan bengkel aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang disertai lebih 30 ahli. Ini menunjukkan keperluan dan minat tinggi dalam kalangan profesional kejuruteraan terhadap latihan berimpak tinggi,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian, pagi ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Amar Fadillah Yusof atas sumbangan kewangan berjumlah RM50,000 yang disalurkan kepada gabungan bagi membantu penubuhan pejabat berkenaan.

“Sumbangan ini amat bermakna dan menjadi pemangkin kepada usaha kami untuk membangunkan fasiliti yang lebih lengkap pada masa hadapan,” jelasnya.

Mengulas mengenai perancangan jangka panjang, beliau berkata Pusat Kecemerlangan GJPBS dicadangkan untuk dibangunkan di kawasan Samarahan, dikenali sebagai ‘Pentagon’, yang turut menempatkan beberapa persatuan profesional termasuk Institut Jurutera Malaysia (IEM).

“Bagaimanapun, pembinaan pusat berkenaan memerlukan tempoh masa yang panjang memandangkan kelulusan tanah hanya diperoleh pada 2023 dan melibatkan proses teknikal seperti penyediaan pelan, kelulusan pihak berkuasa serta proses tender.

“Secara realistik, tempoh pembinaan mungkin mengambil masa dua hingga tiga tahun. Itu pun dalam senario yang optimistik, insya-Allah,” tambahnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri itu bukan sahaja merangkumi bantuan kewangan, malah melibatkan kerjasama strategik dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Sokongan agensi-agensi teknikal amat penting bagi memastikan pembangunan pusat latihan ini dapat direalisasikan dengan jayanya,” ujarnya.

Oleh MASRIN AFFIRAH

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: TPM salur RM50,000 kepada Surau Mahmudi, ringankan keperluan fasiliti jemaah
Next: Jalan mendap perlu ditangani sebelum berlaku tragedi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.