
LONDON: Gitar elektrik Gibson ES-355 milik Noel Gallagher dari kumpulan Oasis dijual di London pada harga AS$385,541, menurut rumah lelong Propstore.
Gitar berwarna merah ceri itu terkenal kerana rosak semasa pergaduhan antara Noel dan abangnya, Liam, di belakang pentas festival Rock en Seine, Paris pada 2009, yang menyebabkan Oasis dibubarkan.
Gitar itu kemudian diperbaiki dan pernah dijual di Paris pada 2022 dengan harga AS$445,000.
Lelongan terbaru ini berada di bawah anggaran maksimum AS$580,000.
-AFP