Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gimnas muda Sarawak buktikan kehebatan di kejohanan MAGGA–IFAGG
  • SUKAN

Gimnas muda Sarawak buktikan kehebatan di kejohanan MAGGA–IFAGG

Utusan Sarawak 6 hours ago
PASUKAN Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Sarawak (SAGGA) terus mengharumkan nama Sarawak apabila mencatat kejayaan membanggakan di Kejohanan Akhir Siri Piala Dunia MAGGA–IFAGG 2025: Piala Dato’ Malek.

KUALA LUMPUR: Pasukan Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Sarawak (SAGGA) terus mengharumkan nama Sarawak apabila mencatat kejayaan membanggakan di Kejohanan Akhir Siri Piala Dunia MAGGA–IFAGG 2025: Piala Dato’ Malek yang berlangsung pada 25 Oktober lalu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Empat pasukan di bawah naungan SAGGA telah membawa cabaran Sarawak ke kejohanan berprestij itu, iaitu Power Beat dan Little Beat dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Apong, serta Red Storm dan The Gifted Bunnies dari Track and Dance Studio.

PASUKAN Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Sarawak (SAGGA) terus mengharumkan nama Sarawak apabila mencatat kejayaan membanggakan di Kejohanan Akhir Siri Piala Dunia MAGGA–IFAGG 2025: Piala Dato’ Malek.

Pasukan dari Track and Dance Studio menampilkan barisan gimnas berbakat dari pelbagai sekolah sekitar Kuching termasuk SJKC Chung Hua No 2, SJKC Chung Hua No 3, SMK Sungai Maong, Lodge National Secondary School, Borneo International School, St Joseph’s Private School dan Sunny Hill Primary School.

Kejohanan kali ini di peringkat nasional menyaksikan pencapaian yang membanggakan bagi atlet muda Sarawak, dengan keputusan Red Storm meraih pingat perak dalam kategori wanita bawah 18 tahun, Power Beat membawa pulang pingat gangsa dalam kategori wanita bawah 12 tahun, manakala The Gifted Bunnies memperoleh pingat perak dan Little Beat meraih pingat gangsa dalam kategori wanita bawah 10 tahun.

PASUKAN Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Sarawak (SAGGA) terus mengharumkan nama Sarawak apabila mencatat kejayaan membanggakan di Kejohanan Akhir Siri Piala Dunia MAGGA–IFAGG 2025: Piala Dato’ Malek.

Kejayaan ini membuktikan kemajuan sukan gimnastik estetik di Sarawak hasil usaha berterusan di peringkat akar umbi, latihan bimbingan berkualiti serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Menurut Setiausaha SAGGA merangkap Pengurus Pasukan, Aidwina Aidan Wing, kejayaan ini merupakan hasil usaha bersama semua pihak dalam komuniti SAGGA.

“Kejayaan ini terhasil daripada semangat kerjasama dan sokongan semua pihak. Setiap jurulatih, pengadil dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan ini dicapai. Ia menjadi bukti bahawa apabila kita bergerak seiring, anak-anak Sarawak mampu menyerlah di mana-mana pentas,” katanya.

PASUKAN Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Sarawak (SAGGA) terus mengharumkan nama Sarawak apabila mencatat kejayaan membanggakan di Kejohanan Akhir Siri Piala Dunia MAGGA–IFAGG 2025: Piala Dato’ Malek.

SAGGA turut berbangga apabila dua pengadil bertauliah antarabangsa dari Sarawak, Shaleen Tay dan Lim Yi Jun, diberi kepercayaan mengadili pertandingan tersebut, satu pengiktirafan kepada kepakaran teknikal negeri ini di peringkat kebangsaan.

Meneruskan momentum ini, SAGGA bakal menjadi tuan rumah bagi AGG National Series 2 dan National Inter-School Championship 2025 yang dijadual berlangsung pada 15 dan 16 November depan di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kuching.

PASUKAN Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Sarawak (SAGGA) terus mengharumkan nama Sarawak apabila mencatat kejayaan membanggakan di Kejohanan Akhir Siri Piala Dunia MAGGA–IFAGG 2025: Piala Dato’ Malek

Kejohanan dua hari itu dijangka menarik penyertaan antara 150 hingga 200 peserta dari seluruh Malaysia melibatkan kategori National Aesthetic Discipline (NAD), International Federation of Aesthetic Group Gymnastics (IFAGG) serta program sekolah.

Acara ini bakal menjadi pentas untuk meraikan keindahan seni, semangat berpasukan dan nilai kesukanan sekali gus meneruskan misi SAGGA dalam melahirkan generasi muda Sarawak yang berbakat dan berdaya saing dalam sukan gimnastik estetik.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Slot pertahan keputusan rehat tonggak utama, akui tak capai ‘standard Liverpool’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.