Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • GiatMara tawar kursus TVET untuk murid 12-16 tahun
  • NASIONAL

GiatMara tawar kursus TVET untuk murid 12-16 tahun

Utusan Sarawak 3 years ago

PADANG TERAP, 21 Mac -- Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid merangkap Ahli Parlimen Padang Terap beramah mesra dengan peserta Kelas Gubahan Bunga pada perasmian Program TVET Junior di Giat Mara Padang Terap hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAKCIPTA TERPELIHARA

MENTERI Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid merangkap Ahli Parlimen Padang Terap beramah mesra dengan peserta Kelas Gubahan Bunga pada perasmian Program TVET Junior di Giat Mara Padang Terap semalam. • Foto BERNAMA

KUALA NERANG: GiatMara membuka peluang kepada pelajar dan murid berusia 12 hingga 16 tahun untuk mengikuti kursus-kursus asas Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di institusi latihan itu di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata menerusi program TVET Junior yang baharu dilancarkan pada 13 Mac lepas, peserta diberikan pendedahan awal bagi menarik minat mereka terhadap bidang TVET.

“Pelajar-pelajar yang hendak datang buat kursus jangka pendek di GiatMara terdiri daripada pelajar sekolah berada di tingkatan empat ke bawah. Tingkatan satu, dua dan tiga boleh datang pada hujung minggu atau cuti sekolah, pelajar sekolah rendah pun boleh.

“Bidang kursus yang ditawarkan seperti pengetahuan asas mengenai elektrikal iaitu pendawaian mudah, keduanya baiki basikal dan ada juga masakan serta jahitan yang mudah,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan walkabout ke GiatMara Padang Terap dan menyampaikan sijil TVET Junior Padang Terap, di sini semalam.

Beliau berkata, program TVET Junior itu akan dilaksanakan secara berperingkat di 231 GiatMara seluruh negara dengan sasaran 5,000 peserta menjelang hujung tahun ini.

Mahdzir berkata, peserta akan mengikuti kursus jangka pendek dua hingga lima hari pada hujung minggu atau musim cuti sekolah tanpa mengganggu sesi persekolahan mereka.

Namun, beliau menjelaskan jenis kursus yang ditawarkan bergantung kepada ketersediaan dari segi bahan dan kemudahan selain peruntukan yang ada di setiap GiatMara.

“Yang penting naratif atau pun motif daripada program ini ialah akhirnya nanti mereka minat dan akan pergi untuk mendapatkan kemahiran lebih tinggi,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Akta DBP dipinda untuk perkasa Bahasa Melayu
Next: 10,000 banduan layak ditempatkan di industri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.