GIATMARA sedia latihan kemahiran teknikal, vokasional luar bandar

Facebook
WhatsApp

TENAGA Pengajar Melvina Joan Mathew menunjukkan cara kepada pelatih mengambil kursus seni reka gaya rambut.

Penubuhan Giatmara bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam Negara.

Pengurus Giatmara Baram Zakaria Bin Abdul Rajak berkata, misi Giatamara adalah untuk menyediakan latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal menjadi usahawan Bumiputera yang berdaya saing.

Sementara itu jelasnya visi Giatmara adalah untuk mejadikan Giatmara sebagai pusat latihan teknikal dan vokasional sepanjang hayat yang terunggul dan diiktiraf diperingkat Negara dan antarabangsa.

Manakala objektif nya pula tambah beliau adalah untuk melahirkan tenaga mahir Negara, mewujudkan usahawan dan membantu membasmi kemiskinan.

Tambahnya Giatmara Baram merupakan satu-satunya pusat latihan teknikal yang menawarkan kursus teknologi automotif dan kursus senireka gaya rambut.

Katanya setakat ini Giatmara Baram yang berpusat di Marudi pada sesi Januari tahun ini mempunyai tujuh orang pelatih bagi kursus Teknologi Automotif dengan seorang tenaga pengajar dan lapan orang pelatih bagi kursus senireka gaya rambut dengan dua tenaga pengajar.

Tegasnya rutin harian bagi pelatih-pelatih di Giatmara Baram bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang stiap Isnin hingga Jumaat.

Sebelum meneruskan pembelajaran dan latihan,  semua pelataih perlu menyertai perbarisan pagi dan  mengamalkan budaya bersih.

Kepada yang mendapat keputusan peperiksaan yang biasa-biasa sahaja dan tidak berminat lagi untuk belajar pembelajaran yang berunsur akademik boleh cuba mengemukakan permohonan terus kepada GIATMRA Baram, Lot 365, 366B, Jalan Wawasan Kampung Cina Marudi.

Syarat-syarat kelayakan memohon  adalah Bumiputera warga Malaysia, berumur 15 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan yang berminat, boleh membaca dan menulis ( 3M ).

Yang menariknya Giatmara menawarkan kursus kemahiran jangka masa pendek samada tempoh kursus Giatmara selama enam bulan atau 12 bulan kepada pelajar yang berminat.

Oleh JIKU JUGUONG

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan