Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Giat usaha jaga keselamatan, keselamatan komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

Giat usaha jaga keselamatan, keselamatan komuniti

Utusan Sarawak 1 day ago
KESELAMATAN KOMUNITI… Hashim, Pedi dan yang lain pada Program Jom Ronda 1 Sarawak. 

LIMBANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Buangsiol Limbang terus memberi penekanan kepada isu keselamatan komuniti, kesedaran pencegahan jenayah dan masalah sosial lain dalam pelan aktiviti mereka.

Pengerusinya Pedi Amit berkata pihaknya terus mengiatkan usaha menjaga keselamatan termasuk menggandakan kekerapan rondaan di kediaman mereka.

Selain rondaan, Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT berkenaan telah melaksanakan Program Jom Ronda bagi mengesan dan mencegah aktiviti mencurigakan selain memastikan kawasan kediaman adalah selamat secara kerap.

Beliau berkata Program Jom Ronda 1 Sarawak yang diadakan baru-baru ini merupakan inisiatif sukarela untuk meningkatkan keselamatan komuniti.

“Program ini melibatkan rondaan oleh ahli KRT ( dan SRS untuk memantau keadaan keselamatan setempat,”katanya kepada media hari ini.

Turut hadir pada program itu Penolong Pegawai Perpaduan Mohd Hassim Daimon.

Katanya, KRT Buangsiol akan terus proaktif menyertai program anjuran Jabatan Perpaduan bersama agensi keselamatan dalam  menarik minat lebih ramai anggota keluarga dalam kalangan masyarakat menyertai SRS pada masa depan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dialog JBALB Serian-JKKK tumpu penyelesaian masalah bekalan air
Next: Mangsa kebakaran Kampung Sebuan Besar terima bantuan keperluan asas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.