Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gesa jambatan Sg Merah dibaiki
  • TEMPATAN

Gesa jambatan Sg Merah dibaiki

Utusan Sarawak 4 years ago
BAIKI SEGERA … Gambar menunjukkan lubang yang terdapat di laluan berdekatan Jambatan Sungai Merah, Pantu dan perlu diperbaiki semula untuk mengelak berlaku kerosakan terhadap tayar kenderaan kecil.

PANTU: Pengguna kenderaan menggesa pihak berwajib untuk meninjau kerosakan yang berhampiran Jambatan Sungai Merah tidak jauh dari simpang jalan masuk menuju ke Pekan Pantu di sini.

Seorang pengadu ketika menghubungi Utusan Sarawak malam Rabu lepas berkata, kerosakan tersebut adalah merupakan lubang selebar antara dua hingga tiga kaki yang terletak selepas melimpasi jambatan tersebut dari arah Sri Aman menuju ke Kuching.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Jujo berkata, lubang berkenaan memiliki kedalaman hampir sejengkal jari dan boleh mendatangkan risiko kerosakan terhadap tayar kenderaan kecil atau motorsikal jika dilanggar.

“Kerosakan ini mula dikesan menjelang perayaan Gawai Dayak yang lepas. Pada mulanya tidak begitu serius namun apabila kenderaan berat sering melanggar lubang itu sepanjang masa maka ia mula menjadi lebih lebar dan dalam.

“Kami di Pantu sudah arif dan mengelak daripada melanggar lubang ini. Namun bagi yang belum biasa maka tayar kenderaan kecil mereka mungkin boleh pecah jika melanggar lubang tersebut jika mahu menuju ke Sri Aman dari arah Kuching,” katanya.

Pekerja swasta itu menggesa pihak berwajib mengatasi segera masalah kerosakan itu kerana penunggang motorsikal berhadapan dengan risiko kemalangan serius jika terlanggar lubang itu nanti.

“Penunggang motorsikal boleh terpelanting jika terlanggar lubang itu. Justeru mohon turap semula lubang berkenaan sebelum berlaku kemalangan serius yang melibatkan penunggang motorsikal di sini nanti,” kata pemuda berkenaan.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: 380,000 dos vaksin Sinovac tiba
Next: Agihan BBMSS di Demak Laut bermula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.