Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Fenomena gerhana bulan penuh berwarna kemerahan dijangka berlaku malam ini hingga awal pagi esok
  • SEMASA

Fenomena gerhana bulan penuh berwarna kemerahan dijangka berlaku malam ini hingga awal pagi esok

Utusan Sarawak 3 days ago
FENOMENA Gerhana Bulan Penuh atau lebih dikenali sebagai Blood Moon dijangka dapat disaksikan di seluruh negara bermula pada 11.28 malam ini (7 sehingga awal pagi 8 September 2025).

MIRI: Fenomena Gerhana Bulan Penuh atau lebih dikenali sebagai Blood Moon dijangka dapat disaksikan di seluruh negara bermula pada 11.28 malam ini (7 sehingga awal pagi 8 September 2025).

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), keseluruhan fenomena ini boleh diperhatikan dengan mata kasar, teleskop atau binokular, bergantung kepada keadaan cuaca pada malam tersebut.

Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila bumi berada tepat di antara matahari dan bulan.

Kedudukan ini menyebabkan cahaya matahari terhalang daripada terus mengenai permukaan bulan.

Namun begitu, sebahagian cahaya matahari yang dibiaskan oleh atmosfera bumi tetap sampai ke bulan, menjadikan warna bulan kelihatan kemerahan dikenali sebagai Blood Moon.

Fenomena ini adalah selamat untuk dilihat dengan mata kasar tanpa sebarang peralatan khas berbanding gerhana matahari yang memerlukan penapis khas.

Orang ramai digalakkan mengambil peluang ini untuk menyaksikan keindahan fenomena alam semula jadi yang jarang berlaku ini.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi selamat tiba di Pahang, hadiri Temasya Warisan Pahang
Next: KPDN terima dua aduan kenaikan barangan SARA, MyKasih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.