Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gereja St Peter Padungan, teguhkan semangat keharmonian di Sarawak
  • TEMPATAN

Gereja St Peter Padungan, teguhkan semangat keharmonian di Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
GEREJA Katolik St Peter, Padungan yang dirasmikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini, kini menjadi mercu tanda baharu bondar raya Kuching. Gereja yang siap dibina pada Oktober lepas itu mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa, lengkap dengan kemudahan untuk pelbagai aktiviti keagamaan dan komuniti. Majlis perasmian diserikan dengan kehadiran kira-kira 2,000 penganut Kristian yang memenuhi ruang dalam dan pekarangan gereja. Foto Bernama

KUCHING: Gereja Katolik St Peter yang dirasmikan di Padungan menjadi simbol usaha Sarawak memelihara keharmonian serta menghargai keperluan semua penganut agama di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa majlis perasmian hari ini, menegaskan bahawa pembinaan rumah ibadat ini adalah lebih daripada sekadar penambahan struktur fizikal.

Pembinaan rumah ibadat ini tegas beliau merupakan simbol sokongan kerajaan terhadap keharmonian serta kebebasan beragama yang diamalkan secara am dalam masyarakat Sarawak.

“Gereja ini bukan hanya sebuah tempat untuk beribadah, tetapi menjadi lambang kepada prinsip inklusiviti yang sentiasa diketengahkan oleh kerajaan Sarawak dalam usaha memupuk perpaduan, toleransi dan keharmonian di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Jelasnya, beliau berkata kewujudan Gereja Katolik St Peter bersama rumah-rumah ibadat lain yang berhampiran merupakan bukti nyata perpaduan agama yang kukuh dan menjadi tonggak utama kesejahteraan dan kestabilan sosial negeri ini.

Kerajaan Sarawak melalui inisiatif Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) turut menyediakan bantuan kewangan berjumlah RM1 juta untuk menyokong kerja-kerja pembinaan tambahan gereja tersebut sebagai komitmen berterusan terhadap pembangunan infrastruktur keagamaan di negeri ini.

Gereja Katolik St Peter yang menelan kos kira-kira RM38 juta ini mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa, selain dilengkapi kemudahan lengkap untuk menyokong pelbagai aktiviti keagamaan dan komuniti.

Selain itu, perasmian gereja ini turut mencerminkan pelaksanaan dasar inklusif kerajaan Sarawak selaras dengan hala tuju Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), yang mengutamakan perpaduan sosial serta penghormatan terhadap kepelbagaian budaya dan agama sebagai teras pembangunan negeri. 

-TVS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Permainan tradisional Melanau ‘Itut’ bakal kembali meriahkan BCF 2025
Next: Perpaduan dalam PBB elemen asas kekal teguh, berdaya saing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.