Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gereja baharu: Kemudahan penduduk ditingkatkan
  • WILAYAH

Gereja baharu: Kemudahan penduduk ditingkatkan

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Kennedy Chukpai Ugon dan yang lain semasa majlis pecah tanah gereja baharu di Belaga, baru-baru ini.

BELAGA: Komuniti Borneo Evangelical Mission (BEM) Uma Baha Apau Koyan mencatat satu lagi detik bersejarah dengan berlangsungnya majlis pecah tanah bagi pembinaan gereja baharu mereka, baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon, majlis itu menandakan permulaan sebuah projek yang telah lama dirancang bagi menampung keperluan penduduk setempat yang semakin bertambah sejak perpindahan ke Penempatan Semula Bakun.

Beliau memberitahu, pembinaan gereja itu bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi juga melambangkan keutuhan kepercayaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Rancangan pembinaan gereja baru ini telah lama dirancang oleh BEM Uma Baha bagi menampung keperluan pertambahan anggota gereja di sini semenjak perpindahan ke Penempatan Semula Bakun. 

“Meskipun pembinaan gedung gereja ini akan memerlukan dana yang besar, kita percaya Tuhan pasti buka jalan dengan komitmen semua anggota gereja BEM Uma Baha Apau Koyan,” katanya menerusi satu hantaran Facebook.

Majlis itu bukan sahaja menandakan permulaan pembinaan gereja baharu, tetapi turut mencerminkan semangat gotong-royong dan kesepaduan masyarakat dalam merealisasikan projek berkenaan.

Dengan harapan yang tinggi, komuniti BEM Uma Baha Apau Koyan melangkah ke fasa baharu yang bakal membawa manfaat kepada generasi akan datang.

OLEH CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: Cerminan ‘polis, masyarakat berpisah tiada’
Next: Masyarakat bebas dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.