Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gerawat tinjau pos sempadan, tekankan penambahan pegawai
  • Utara
  • WILAYAH

Gerawat tinjau pos sempadan, tekankan penambahan pegawai

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERSEFAHAMAN…Gerawat dan Henry Sum merakam gambar kenangan bersama pegawai operasi sempadan Malaysia dan Brunei di Pos Imigresen Labu, Brunei.

LAWAS: Jumlah pegawai Jabatan Imigresen di pos kawalan sempadan di daerah ini dan Ba’kelalan perlu ditambah bagi melancarkan operasi di pintu masuk negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, kekangan jumlah pegawai dikenal pasti di beberapa pos utama, termasuk Pos Imigresen Mengkalab Trusan yang bersempadan dengan Brunei, Pos Imigresen Merapok (Sabah) serta Pos Imigresen Ba’kelalan yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.

Menurutnya, lawatan ke kawasan berkenaan memberi peluang untuk beliau memahami dengan lebih mendalam keperluan operasi serta cabaran sebenar di lapangan, khususnya melibatkan kawasan ‘No Man’s Land’ di antara pos kawalan Malaysia dan Brunei Darussalam.

Katanya, kawasan tersebut menimbulkan kekangan dari segi pembangunan infrastruktur, terutama dalam usaha menaik taraf jalan penghubung antara kedua-dua pos kawalan.

KONGSI ISU…Gerawat mendengar penerangan daripada Ketua Pos Imigresen Labu, Brunei mengenai isu berbangkit di kawasan sempadan kedua negara berjiran.

“Perkara ini memerlukan penelitian teliti serta penyelarasan pelbagai pihak bagi memastikan aspek keselamatan, kedaulatan wilayah dan keperluan pembangunan dapat ditangani secara seimbang,” katanya kepada media di pekan Trusan, hari ini.

Dalam pada itu, lawatan berkenaan turut membuka ruang perbincangan bagi memperkukuh kerjasama rentas sempadan antara agensi penguatkuasaan kedua-dua negara bagi memastikan pengurusan sempadan dilaksanakan secara lebih efektif dan tersusun.

Gerawat turut diiringi Ketua Imigresen Daerah Lawas, Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Abdul Raham Eli, dalam lawatan ke pos kawalan sempadan Brunei Darussalam.

Beliau berkata, lawatan tersebut penting dalam memperkukuh hubungan serta kerjasama strategik antara Malaysia dan Brunei, khususnya dalam aspek pengurusan sempadan, keselamatan dan penyelarasan operasi rentas agensi.

SEMPADAN JIRAN…Gerawat dan Henry Sum Agong melawat ke sempadan Brunei di Pos Imigresen Labu sambil bertemu pegawai di pos Imigresen Labu Brunei.

“Hubungan baik yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Brunei Darussalam menjadi asas penting dalam memastikan kawasan sempadan terus aman dan selamat, di samping menyokong pergerakan rakyat serta aktiviti ekonomi yang sah di kedua-dua negara.

“Saya percaya melalui kerjasama erat, komunikasi berterusan serta semangat kejiranan yang kukuh, pengurusan sempadan dapat diperkasa dengan lebih berkesan demi kepentingan bersama,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong; Pengarah Agensi Wilayah Pembangunan Utara Sarawak (NRDA), Datu Ubaidillah Latip; serta wakil Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Lawas

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Bomba Lutong bantu mangsa cincin tersekat di Klinik Tudan
Next: Penduduk Lawas bertuah nikmati pelbagai projek pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.