Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gerawat dan isteri ziarah komuniti Cina sempena Tahun Baharu Cina
  • Utara
  • WILAYAH

Gerawat dan isteri ziarah komuniti Cina sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 6 hours ago
ERAT PERPADUAN… Datuk Gerawat Gala dan isteri Datin Ester serta rombongan berkunjung ke kediaman Penghulu Tie King Un untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) Datuk Gerawat Gala serta isteri Datin Ester mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina di tujuh kediaman masyarakat Cina dalam kawasan beliau, N.78 Mulu di sini semalam.

Antara rumah yang sempat beliau kunjungi ialah kediaman Penghulu Tie King Un, Kapitan Alvin Chua dan Kapitan Tie Ching Ming.

Beliau turut berkunjung ke rumah ahli-ahli perniagaan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada mereka yang menyambut perayaan tersebut.

DATUK Gerawat Gala serta rombongan merakam gambar kenangan semasa berkunjung Tahun Baharu Cina di kediaman ahli perniagaan Houng Yu Loong. Foto Jiku Juguong

Antara rumah ahli perniagaan yang beliau serta rombongan kunjungi ialah kediaman Houng Yu Loong, Mujan Lah, Liong Ung Hie dan ahli-ahli perniagaan lain.

Dalam pada itu beliau berharap perayaan Tahun Baharu Cina 2026 ini dapat mengeratkan lagi tali perpaduan antara komuniti lain yang berkunjung ke rumah mereka.

Sambil itu beliau juga berharap sambutan Tahun Kuda tahun ini lebih banyak membuahkan hasil dan dan mendapat rezeki yang baik dan sentiasa sihat selalau.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Nelayan dikhuatiri lemas ketika memukat udang
Next: Pengunjung teruskan amalan kunjungan sempena perayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.