Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Geran #usahawanjkws ditukar kepada wang tunai
  • TEMPATAN

Geran #usahawanjkws ditukar kepada wang tunai

Utusan Sarawak 5 years ago
TUMPUAN … Dato’ Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Gawai Raya Jabatan Wanita Keluarga Sarawak (JWKS) di Wisma Wanita di Kuching, semalam.

KUCHING: Kerajaan Sarawak setuju menukar geran #usahawanjkws (keusahawanan wanita) berbentuk kelengkapan dan peralatan niaga ditukar kepada wang tunai untuk modal pusingan usahawan.

Menteri Kesejahteraan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak negeri, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata keputusan itu dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas dasar keprihatinan terhadap usahawan wanita yang hilang punca pendapatan mulai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 sejak 18 Mac 2020 lalu.

“Berdasarkan survei Impak Covid-19 kepada usahawan wanita Sarawak, seramai 295 orang (71 peratus) daripada 415 responden usahawan telah mengalami masalah kewangan untuk meneruskan perniagaan mereka manakla 234 (56 peratus) usahawan telah hilang punca pendapatan,” katanya.

Fatimah berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Hari Gawai Raya Jabatan Wanita Keluarga Sarawak (JWKS) di Wisma Wanita di sini, semalam.

Menurut Fatimah geran yang diluluskan ditukar daripada bentuk kelengkapan dan peralatan kepada bentuk tunai (modal pusingan) bagi memanfaatkan lebih ramai lagi usahawan wanita yang terjejas disamping memastikan perniagaan kecil dan sederhana dapat bertahan menghadapi cabaran Covid-19.

“Survei menunjukkan bahawa modal pusingan perniagaan merupakan keperluan mendesak mereka pada waktu ini,” ujarnya geran tunai itu akan berjumlah RM2,000 berbanding geran kelengkapan dan peralatan adalah RM5,000.

Bagi membantu usahwan wanita untuk terus menjana pendapatan semasa pandemik Covid-19 ini, Fatimah meminta mereka yang belum memohon bantuan ini untuk tampil.

Pemohon kata Fatimah haruslah wanita berumur 18 tahun ke atas dan mereka yang tinggal tetap di Sarawak perlu menyerahkan laporan perniagaan mereka ke sekretariat JWKS setelah tiga bulan menerima bantuan berkenaan.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Tragedi bot karam: Mayat kedua ditemui
Next: MRP RM40,000 untuk PIBG SK Paku

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.