
SIMANGGANG: Sejumlah RM114,000 geran projek khas kerajaan Sarawak disalurkan kepada 10 penerima di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman, dekat sini semalam.
Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata penerima geran ini diminta untuk memanfaatkan peruntukan itu untuk menganjurkan sebarang aktiviti melibatkan masyarakat.
“Mereka harus memastikan peruntukan itu digunakan seperti yang dirancang. Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan sebegini supaya persatuan atau pertubuhan dapat menganjur aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat dan ia tidak harus disalahguna,” katanya.

Doris berkata peruntukan ini adalah antara bukti keprihatinan kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam menjaga kebajikan rakyat di semua peringkat.
Tambah beliau, geran khas ini juga bertujuan membantu organisasi terbabit menjalankan aktiviti tahunan termasuk program-program kemasyarakatan yang dapat meningkatkan penglibatan komuniti terutamanya di Parlimen Sri Aman.
Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Sarawak di atas penyaluran geran projek khas yang disalurkan itu sekali gus penerima memanfaatkan peruntukan itu untuk menganjurkan aktiviti melibatkan masyarakat.
Oleh Adi Safarman