Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Geran berjumlah RM390,200 diagih kepada 37 pertubuhan
  • WILAYAH

Geran berjumlah RM390,200 diagih kepada 37 pertubuhan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie pada majlis ringkas penyerahan cek bertempat di Pusat Kebudayaan Sri Aman, dekat sini hari ini. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman 

SIMANGGANG: Peruntukan berjumlah RM390,200 telah diagihkan kepada 37 pertubuhan menerusi geran yang disampaikan Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie, hari ini.

Beliau menekankan agar setiap dana yang disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), rumah ibadah dan kelab dimanfaatkan dengan penuh tanggungjawab dan integriti. 

“Saya mahu mengingatkan kepada semua penerima bahawa peruntukan ini hendaklah digunakan untuk melaksanakan program atau aktiviti yang bersifat penting, berimpak serta berteraskan keprihatinan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ringkas penyerahan cek bertempat di Pusat Kebudayaan Sri Aman, dekat sini hari ini. 

Doris berkata penyerahan geran setiap tahun kepada pelbagai persatuan, kelab, pertubuhan dan sebagainya jelas mencerminkan komitmen kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memperkukuh pembangunan masyarakat menerusi sokongan kepada pelbagai organisasi tempatan.

Beliau menambah melalui peruntukan yang disalurkan itu diharapkan ia boleh digunakan secara berhemah bagi menampung keperluan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberikan impak positif kepada penduduk setempat.

Doris turut mengangkat penghargaan kepada semua pertubuhan dan komuniti yang terus berperanan aktif dalam memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan kawasan Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Letak anjing halau ancaman monyet liar di kebun buah-buahan
Next: Terus pelihara warisan budaya masyarakat Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.