MEMBANTU golongan yang memerlukan menjadi salah satu fokus Gerald.
Gerald Goh ternyata seorang yang mempunyai keupayaan versatil. Berikan apa sahaja tugasan, dia mampu memberikan yang terbaik untuk kehidupan.
Datang dari keluarga seni, ayahnya merupakan seorang pembuat pasu, manakala ibunya terlibat di dalam persembahan opera serta boleh jugamembuat mimik pelbagai bunyi watak yang dimainkan. Sementara itu, datuknya pula, seorang bekas pengetua yang mahir mendeklamasi puisi dan menulis kaligrafi.
Gerald sendiri boleh melukis, menyanyi, membuat persembahan patung dan mahir memasak, malah secara berjenaka beliau memberitahu boleh juga menjaga kanak-kanak. Seorang kawan berkata, Gerald boleh menceriakan seseorang dengan hanya menghantar klip video wajahnya sendiri dengan mimik muka lucu jika seseorang merasa tertekan.
Duda berusia 52 tahun dengan dua anak yang sudah mencecah usia remaja, Isaac dan Gerrilyn ini merasakan dirinya telah menjalani kehidupan yang terbaik dan lebih berminat untuk ‘memberi’ dan membantu orang Sarawak yang memerlukan bantuan.
Gerald yang berjiwa besar ini memperolehi kekuatan itu dari sikap murni dan tragedi yang telah mengubah perspektifnya terhadap kehidupan.
Sentiasa menampilkan senyum dengan lesung pipitnya bila bersua orang lain, kehidupannya sebelum ini lancar sehinggalah dia kehilangan isteri, Isabella, lima tahun lepas akibat kanser pankreas.
Ketika berita itu tiba, Gerald sedang di puncak perniagaan tetapi kemudian membuat keputusan besar pada tahun yang sama untuk melepaskan segala-galanya demi menjaga dan menghabiskan masa dengan isteri tersayang.
“Memang sukar untuk melihat dia (isteri) kesakitan akibat rawatan tetapi tiga tahun bersama merupakan anugerah Tuhan kerana kami diberitahu masanya agak singkat,” kata Gerald.
Walaupun detik sukar itu sudah berlalu, namun masih ruang kosong di hati Gerald sehingga dia keberatan untuk menjalin hubungan baharu. Buat masa ini, kehidupannya cukup mudah dengan sepasang anak lelaki dan perempuan, masing-maisng berusia 17 tahun dan 15 tahun yang dianggapnya sebagai kawan baik.
Ditanya tentang kemungkinan menjalin hubungan pada masa depan, Gerald berkata, “saya seorang yang percaya bahawa janji cinta itu adalah untuk selama-lamanya. Sudah lima tahun berlalu dan saya masih perlu kekuatan untuk ‘keluar’ dari semua ini. Cuma saya belum bersedia,” katanya.
KERJAYA
Bermula awal sebagai pembuat pasu di dalam perniagaan pasu ayahnya, Gerald yang lebih artistik akhirnya menjadi orang yang mewujudkan ‘kehidupan’ kepada pasu-pasu yang dilukisnya. Tugasnya adalah melukis pada pasu-pasu untuk ayahnya di lima buah kilang pasu yang ada.
Melihat potensi Gerald, ayahnyakemudian menghantarnya untuk belajar seni saduran dan pasu seramik di Duncan Institute for Advanced Ceramics in Fresno, California, Amerika Syarikat agar dia dapat menyumbang sesuatu untuk perniagaan keluarga mereka. Sekembalinya ke tanah air dan selepas bekerja dengan ayahnya, Gerald kemudian meneroka bidang pelancongan Sarawak sehingga sekarang ini dia dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Artis Sarawak (SAS).
Gerald kemudian manfaatkan apa yang telah dipelajari di Amerika Syarikat selama itu dan bersama rakan, bekerja dengan Sarakraf (sebuah pusat untu pemuliharaan warisan unik Sarawak) dalam tahun 2008 di mana mereka menggunakan produk-produk kraf tempatan untuk digabungkan dengan dekorasi dalaman.
Syarikat berkenaan menyerlah dalam masa tiga tahun. Dalam tahun 2015, Gerald maju selangkah lagi. Gerald mengambil keputusan untuk meneroka bidang perniagaan makanan dan kemudian membuka restoran Absolute Tribal kerana para penenun dari pedalaman biasanya akan memasak makanan mereka sendiri.
Melihat makanan autentik dari kawasan luar bandar ini dan ingin memasarkannya untuk Sarawak, Gerald menggabungkan dua makanan Thai dan Cina dan tampil dengan jenama laksa Sarawak yang digabungkan dengan Tomyam.
Restoran berkenaan berkembang maju dan ketika itulah isterinya menyampaikan berita sedih tentang sakitnya. Memandangkan ketika itu Gerald masih sibuk dengan perniagaan, dia meneruskannya sambil menjaga isteri dan anak-anak. Setahun kemudian, dia sedar agak payah untuk melakukannya kerana isterinya semakin lemah akibat rawatan kemoterapi. Gerald akhirnya membuat keputusan yang sukar untuk menutup perniagaan dan berada di sisi isteri sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Tiga tahun selepas pemergian isterinya, Gerald yang masih belum sembuh dari duka, cuba memfokus kepada tugas 9 hingga 5 tetapi memandangkan dunia berhadapan pandemik, syarikat pembuatan jubin miliknya terpaksa ditangguhkan sementara waktu.
Dia kemudian kembali kepada lukisannya sepenuh masa. Memandangkan karyanya banyak menampilkan tentang Sarawak, maka karyanya kerap dipamerkan di beberapa pameran seni dan kraf di seluruh negara, manakala lukisannya pula menjadi rebutan para pngumpul seni antarabangsa.
Matlamat hidupnya adalah untuk mewakili Sarawak di peringkat global menerusi artifak tanah liat, lukisan minyak dan lain-lain cabang seni. Buat masa ini, hasil karyanya boleh dilihat di The Living Wall di Saradise Feast.
Terus dengan sikap dermawannya, 30 peratus daripada hasil jualan karyanya disumbangkan kepada badan-badan amal tertentu.
Menyebut tentang tugas paling sukarnya, Gerald berkata dia pernah menghabiskan masa dua bulan di atas atap, tidak kira hujan atau panas untuk menyiapkan kerja naik taraf dekorasi di kuil Teochew di Carpenter Street.
Tahun lepas dia bekerjasama dengan seorang artis tempatan untuk menjual hasil fotografi dan seni menerusi Art For Heart, yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Lo Khere Chiang.
Selaku Setiausaha Penganjur untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Batu Kitang, Gerald berkata ia menjadi platform kepadanya untuk membantu dan mendekati golongan kurang bernasib baik. Dia akhirnya berjaya mengumpul RM8,719 dan menyumbangnya kepada pelajar miskin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tapang dan beberapa individu lain yang memerlukan.
Dalam setahun Gerald boleh menyiapkan antara 10 hingga 15 karya setahun.
“Lukisan saya biasanya besar dan kali ini, semuanya tentang burung Kenyalang. Saya biasanya menjualnya secara atas talian dan seorang lelaki dari Banting, Indonesia membelinya. Kami menjadi kawan dan dia mendapat tahu tentang saya menerusi aktiviti nyanyian saya dan selepas menjadi kawan, dia membeli karya saya yang bertajuk The Firt Eurachrist.
Gerald juga mengadakan beberapa pameran di luar negara dan salah satu daripada lukisan kesukaannya adalah lukisan mendiang isterinya ketika sakit. Lukisan berkenaan kemudiannya dibeli oleh seorang pakar onkologi dari Taiwan.
Untuk masa depannya, Gerald berkata dia akan terus memperluaskan bantuannya kepada mereka yang memerlukan bantuan , selain terlibat di dalam Arena Seni di Sarawak untuk memulakan industri penerbitan filem di negeri ini.
Gerald berharap dapat menamatkan pengajian Ijazah Lanjutan di UNIMAS dan meneruskan hingga tahap Doktor Falsafah dalam masa terdekat.
Oleh CONNIE CHIENG