Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Gerakan pengakap kekal relevan bentuk jati diri, kepimpinan generasi muda
  • PENDIDIKAN

Gerakan pengakap kekal relevan bentuk jati diri, kepimpinan generasi muda

Utusan Sarawak 14 hours ago
AHLI Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie menyempurnakan Majlis Penangguhan Perkhemahan Cabaran Pengakap Simanggang 2025, hari ini. Foto Pejabat Ahli Parlimen Sri Aman

SRI AMAN: Gerakan Pengakap terus kekal relevan dalam membentuk jati diri, kepimpinan, disiplin serta semangat khidmat kepada masyarakat.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie turut memuji semangat, disiplin dan ketahanan para peserta yang berjaya menamatkan cabaran kem sambil menegaskan bahawa pengalaman tersebut merupakan latihan karakter dan keberanian yang akan menjadi bekal seumur hidup.

“Gerakan Pengakap bukan sahaja mengajar kemahiran luar bilik darjah, malah menanamkan nilai kepimpinan, disiplin dan semangat khidmat kepada masyarakat. 

“Konsep ‘besedia’ yang diterapkan akan membimbing mereka menghadapi cabaran hidup dengan lebih yakin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penangguhan Perkhemahan Cabaran Pengakap Simanggang 2025, hari ini. 

AHLI Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie menyempurnakan Majlis Penangguhan Perkhemahan Cabaran Pengakap Simanggang 2025, hari ini. Foto Pejabat Ahli Parlimen Sri Aman

Doris turut menghargai dedikasi semua pemimpin, jurulatih, penganjur termasuk pihak Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bangkong yang telah membina generasi muda melalui bimbingan, dorongan serta sokongan mereka.

Beliau menutup ucapan dengan menyeru para peserta menghayati pesan ‘Lord Baden-Powell’, pengasas Pengakap Sedunia: ‘Leave this world a little better than you found it’.

Majlis tersebut diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada semua peserta sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan pencapaian mereka sepanjang kem berlangsung.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Keazaman, sokongan keluarga bantu pensyarah UM buta tamat PhD
Next: KPM perkukuh pendidikan awal dengan fokus kepada komunikasi dan sosialisasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.