Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • GenKRU terima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records
  • INSPIRASI

GenKRU terima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records

Utusan Sarawak 17 hours ago
FOTO Icon Entertainment.

KUALA LUMPUR: Kumpulan KRU dan Icon Entertainment (M) Sdn Bhd mencipta sejarah apabila menerima dua pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR), susulan kejayaan penganjuran Konsert GenKRU 2025.

Konsert selama empat malam yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu diiktiraf dalam dua kategori iaitu Persembahan Terbanyak dalam Satu Siri Konsert dan Penjualan Tiket Konsert Terpantas dalam Tempoh Satu Jam.

Pengiktirafan itu diberikan kepada KRU yang mengadakan persembahan pada 3, 4, 10 dan 11 Mei melibatkan lebih 30,000 penonton, sementara Icon Entertainment menerima pengiktirafan atas kejayaan menjual 8,000 tiket dalam tempoh sejam.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia Iliyas Jamil, menyaksikan penyerahan sijil pengiktirafan yang disampaikan wakil MBOR Christopher Wong kepada KRU dan Icon Entertainment.

Datuk Norman Abdul Halim berkata pencapaian itu merupakan satu bentuk penghargaan, bukan hanya kepada KRU secara peribadi, tetapi kepada peminat kerana menjadikan konsert yang dirancang untuk satu malam bertukar menjadi empat malam. 

“KRU seharusnya berterima kasih atas sokongan tanpa henti selama lebih tiga dekad yang memungkinkan penganjuran konsert selama empat malam ini, sekali gus mendapat pengiktirafan daripada MBOR,” katanya selepas menerima pengiktirafan tersebut.

Pengasas Icon Entertainment Iman Tang turut menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti sokongan luar biasa peminat terhadap KRU dan konsert berkenaan.

“Icon Entertainment dengan sukacita berkongsi pengiktirafan ini bersama semua peminat KRU yang menjadikan Konsert GenKRU cukup luar biasa, bukan sahaja kerana tiket habis terjual dalam tempoh satu jam, tetapi juga kerana konsert ini berlangsung gemilang selama empat malam,” katanya.

Konsert GenKRU turut menyaksikan kemunculan istimewa artis undangan seperti kumpulan Feminin, Elite, Adam AF, AC Mizal dan Abon.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi menerusi hantaran di Facebook hari ini, merakamkan ucapan tahniah kepada KRU dan Icon Entertainment atas pengiktirafan tersebut.

Menurut hantaran itu, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi terus komited memberikan sokongan berterusan terhadap pembangunan seni, budaya dan industri hiburan kreatif negara.

Ini demi memperkukuh ekosistem industri yang progresif serta berdaya saing.

-Bernama

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Pasangan muda bukti kesedaran kewangan buka jalan ke Makkah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.