Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Geng terbabit 11 kes samun ragut tumpas
  • JENAYAH

Geng terbabit 11 kes samun ragut tumpas

Utusan Sarawak 2 years ago
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri

KUCHING: Sekurang-kurangnya 11 kes samun dan ragut, dua kes curi dalam bangunan dan satu kes curi motosikal berjaya diselesaikan.

Ini susulan seramai empat lelaki warga tempatan disyaki anggota kumpulan kes ragut dan samun diberkas pada Selasa oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kesemua suspek dalam lingkungan 23 hingga 30 tahun dipercayai aktif meragut dan samun warga emas.

“Tangkapan dilakukan di beberapa lokasi berasingan melibatkan daerah Kuching dan Padawan iaitu lokasi aktif suspek meragut dan samun warga emas.

Menurutnya, modus operandi kumpulan ini adalah menyasarkan warga emas sebagai mangsa dan mereka aktif melakukan jenayah pada awal pagi di Kuching, Kota Samarahan dan Padawan.

Menerusi satu kenyataan semalam, Mohd Azman berkata dengan tertumpasnya kumpulan itu,

“Turut dirampas daripada suspek ialah sebuah motosikal curi, telefon bimbit, kad-kad bank dan senjata tajam.

“Kes disiasat di bawah 395 dan 397 Kanun Keseksaan, Seksyen 389 Kanun Keseksaan dan 379A Kanun Keseksaan.

“Polis berterima kasih kepada semua pihak dalam menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya suspek-suspek,” ujarnya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Lima diberkas terlibat kes samun
Next: Tiga lelaki diberkas disyaki salah guna dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.