KUCHING: Terdapat beberapa kumpulan tertentu yang secara terang-terang cuba memecah-belahkan rakyat melalui tindakan dan amalan ekstrim atau taksub terhadap fahaman yang diamalkan menurut senator Dato’ Ahmad Ibrahim.
Katanya, lebih membimbangkan ialah kumpulan ini cuba mempengaruhi ramai pemikiran sesetengah generasi muda walau dengan apa cara sekalipun, gene- rasi muda kita patut ‘disediakan’ sebaik mungkin bagi mewarisi wadah kepimpinan masa depan iaitu ‘ jauhkan permainan politik dengan keagamaan’ atau ‘jangan main perkauman’ di Sarawak.
“Sehubungan itu, kita amat bersyukur kerana kerajaan kita selama ini peka dan sedar dengan ancaman tersebut, lantas mereka memperkenalkan konsep ‘wasa- tiyyah’ atau kesederhanaan ini dalam pentadbiran wilayah kita.
“Ini kerana mereka yakin melalui pendekatan tersebut bukan sahaja dapat menyumbang kepada penyatuan dalam kalangan umat Islam tetapi juga berupaya memperkukuhkan perpaduan dan persefahaman dengan masyarakat bukan Islam.
“Perpaduan ini akan mewujudkan keharmonian yang sekaligus akan membentuk keamanan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan untuk semua,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan amat menyedari betapa pentingnya kemakmuran dan kemajuan, maka ianya mesti dipelihara sepanjang masa kerana ia menjadi asas kepada kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
“Saya yakin dan percaya, majoriti rakyat kita bukan sahaja menerima dan menghargai pembangunan serta transformasi yang dilakukan oleh kerajaan sekarang, malah rakyat juga bijak menilai mana tindakan yang membawa kebaikan dan mana perbuatan yang membawa kemusnahan.
“Kerana itu, kerajaan berusaha sedaya upaya untuk tidak menggalakkan aktiviti- aktiviti yang tidak sihat berlaku seperti memecahbelahkan rakyat kita-bergaduh sahaja tak habis habis!?. Ianya supaya Sarawak dapat menumpukan kepada usaha-usaha pembangunan yang lebih penting bagi manfaat rakyat kita semua, “katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Maulidur Rasul Biro Keagamaan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) di Masjid Darul Muttaqin Kampung Rantau Panjang, semalam.