Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Generasi muda pewaris masa depan negara
  • PENDIDIKAN

Generasi muda pewaris masa depan negara

Utusan Sarawak 2 days ago
UNTUK ALBUM…Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian  peserta Kem Bakti Siswa Persatuan Mahasiswa Mahasiswi Sarawak (PEMASRA) yang diadakan di Miri, semalam.


MIRI: Anak muda adalah pewaris masa depan negara, kata Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man.

“Aspirasi saya agar generasi muda di Miri mampu tampil sebagai pemimpin dalam pelbagai bidang sama ada dalam sektor pendidikan, perkhidmatan awam, industri teknologi, ekonomi atau apa sahaja lapangan yang mereka ceburi.

“Apabila wujudnya disiplin, usaha yang gigih serta kepedulian kepada masyarakat, saya yakin mereka akan membawa nama Miri dan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa bertemu bersama mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sempena Kem Bakti Siswa Persatuan Mahasiswa Mahasiswi Sarawak (PEMASRA) semalam.

UNTUK ALBUM…Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian  peserta Kem Bakti Siswa Persatuan Mahasiswa Mahasiswi Sarawak (PEMASRA) yang diadakan di Miri, semalam.

Program ini menghimpunkan seramai 113 pelajar Tingkatan 6 dari SMK Baru dan SMK Lutong dengan pengisian utama berupa ceramah motivasi yang disampaikan oleh wakil Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM).

Matlamat program ini adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar Tingkatan 6 agar lebih bersemangat, berdisiplin dan fokus dalam menghadapi peperiksaan STPM.

“Saya percaya, apabila pelajar Tingkatan 6 diberi dorongan yang betul, mereka bukan sahaja mampu berjaya menjejakkan kaki ke universiti terkemuk tetapi juga akan menjadi pemimpin yang berdisiplin, berusaha gigih dan prihatin terhadap masyarakat.

“Kehadiran mahasiswa UKM untuk berkongsi pengalaman mereka sendiri dalam menempuh dunia universiti adalah sesuatu yang amat berharga kerana ia membolehkan pelajar sekolah melihat dengan lebih jelas laluan akademik dan kepimpinan yang menanti mereka,” ujarnya.

Beliau berkata program motivasi seumpama itu  juga membuktikan bahawa pembangunan pendidikan tidak hanya bergantung kepada infrastruktur semata-mata, tetapi turut memerlukan sokongan moral, pendedahan dan perkongsian pengalaman yang mampu memberi impak besar kepada hala tuju pelajar.

Beliau  amat menghargai peranan mahasiswa UKM dalam menjayakan program ini kerana ia selaras dengan semangat kesukarelawanan dan kepimpinan yang harus terus dipupuk dalam kalangan generasi muda.

“Saya menggesa kepada semua anak muda di Miri, masa depan bukan sesuatu yang ditunggu tetapi sesuatu yang dibina hari demi hari. Belajarlah dengan tekun, disiplinkan diri, dan beranilah bermimpi besar. Langit bukan hadnya tetapi tekad anda yang menentukannya.

“Pendidikan ialah tangga yang mengubah nasib daripada diri sendiri, keluarga dan memberi sinar kepada seluruh komuniti.

“Jangan takut meminta bimbingan, cari mentor, dan jadikan setiap kegagalan sebagai batu loncatan,” nasihat beliau.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: ‘Skibidi’, ‘tradwife’, ‘delulu’, ‘broligarchy’. Tak faham, rujuk Kamus Cambridge
Next: Kolej Vokasional Bintulu siap 49 hari lebih awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.