Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Generasi muda perlu dilengkapi kemahiran teknologi hadapi cabaran AI, robotik
  • TEKNOLOGI

Generasi muda perlu dilengkapi kemahiran teknologi hadapi cabaran AI, robotik

Utusan Sarawak 14 hours ago
UNTUK ALBUM… Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang (duduk tengah) merakamkan kenangan dengan para peserta Kem Inovasi Dron, Robotik, AI dan Teknologi 3D 2026di Sibu, hari ini.

SIBU: Generasi muda perlu dilengkapi dengan kemahiran teknologi sejak usia awal bagi menghadapi cabaran masa depan susulan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) dan robotik yang berpotensi menggantikan banyak pekerjaan tradisional dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang berkata, dunia kini sedang menyaksikan perubahan luar biasa akibat kemajuan teknologi yang berkembang pada kadar belum pernah berlaku sebelum ini.

“Jika ada yang mengatakan AI belum mampu menggantikan tenaga kerja manusia, itu tidak tepat. Hakikatnya, teknologi AI dan robotik kini sudah berada pada tahap mampu mengambil alih banyak pekerjaan konvensional dalam masa yang sangat singkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis penutupan Kem Inovasi Dron, Robotik, AI dan Teknologi 3D 2026di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu, hari ini.

TEKNOLOGI… Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang (tengah) sedang cuba menerbangkan drone semasa merasmikan penutupan Kem Inovasi Dron, Robotik, AI dan Teknologi 3D 2026di Sibu, hari ini.

Seramai 60 pelajar menyertai kem sehari itu yang dianjurkan oleh Persatuan E-Platform Media Digital Sarawak dengan kerjasama Perpustakaan Negeri Sarawak Sibu serta Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan.

Tiang menegaskan keupayaan untuk belajar dengan pantas dan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi menjadi faktor penentu untuk kekal relevan dalam pasaran pekerjaan masa hadapan.

“Pendedahan awal kepada teknologi seperti robotik, dron, AI dan percetakan 3D amat penting bagi membentuk generasi yang bersedia menghadapi cabaran era automasi,” katanya.

Dalam lawatan ke beberapa bengkel, beliau menyaksikan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan bola sepak dron, bengkel robotik, ‘sumo wrestling’ berasaskan Roblox serta bengkel pencetakan 3D yang disifatkannya sebagai platform pembelajaran berkesan.

“Saya berasa kagum dan pada masa yang sama terfikir betapa bertuahnya generasi hari ini kerana diberi peluang sebegini sejak usia muda,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan.

Beliau berkata kerajaan Sarawak kini memberi tumpuan serius terhadap pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai persediaan menghadapi perubahan landskap pekerjaan global.

“Pelajar yang mempunyai asas kukuh dalam STEM lebih mudah menyesuaikan diri dengan teknologi baharu dan berpeluang menceburi pekerjaan bernilai tinggi berbanding pekerjaan berkemahiran rendah yang berisiko digantikan oleh mesin,” katanya.

Sehubungan itu, Tiang menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk terus menyokong program pendidikan berteraskan teknologi dan inovasi.

Hadir sama wakil Pengurus Wilayah Pustaka Negeri Sarawak Sibu, Shahrieza Rabaie; Setiausaha Persatuan E-Platform Media Digital Sarawak, Wesley Lee; serta Ketua Pegawai Teknologi U Best Youbisheng Sdn Bhd, Elton Wong.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Pesawat kargo tanpa juruterbang buatan China ‘Tianma-1000’ sempurnakan penerbangan sulung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.