Gempa magnitud 6.6 landa Papua New Guinea

Facebook
WhatsApp
Gempa bumi adalah perkara biasa di Papua New Guinea, yang terletak di atas Lingkaran Api Pasifik. - Foto AFP

SYDNEY: Gempa bumi berukuran magnitud 6.6 melanda Papua New Guinea hari ini dengan gegaran berlaku di luar pantai timur negara itu, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGS melaporkan gempa berkenaan berkedalaman 51 kilometer (km) dan terletak 123.2km dari bandar terdekat, Kokopo.

Pusat Bencana Kebangsaan Papua New Guinea menyatakan pihaknya sedang menilai kerosakan yang berlaku akibat kejadian berkenaan.

Seorang penyambut tetamu di hotel di Kokopo, Vernon Gash, memberitahu AFP bahawa gempa terbabit agak kuat dan berlaku kurang daripada satu minit.

“Kami sudah terbiasa dengan kejadian seperti itu, ia berlaku sepanjang masa.

“Bagaimanapun, tiada kerosakan yang dialami di hotel ini akibat kejadian gempa berkenaan,” katanya.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa berkenaan.

Gempa bumi adalah perkara biasa di Papua New Guinea dan negara itu terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, berlaku di kawasan pertemuan dua plat tektonik dan banyak letusan gunung berapi serta gempa bumi dunia berlaku.

Walaupun jarang menyebabkan kerosakan besar di kawasan yang jarang dihuni, gempa bumi boleh mencetuskan bencana tanah runtuh yang teruk. – AFP

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos