Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Gempa bumi Segamat: Wanita gusar rekahan tanah di kawasan kebun
  • NASIONAL

Gempa bumi Segamat: Wanita gusar rekahan tanah di kawasan kebun

Utusan Sarawak 5 days ago

PENDUDUK Jalan Buloh Kasap, Batu 2 Ramlah Ishak, 56, (kiri) bersama kakaknya Umi Kalsom Ishak, 58, menunjukkan kesan rekahan tanah ketara di kawasan kebun di bahagian belakang rumah yang dipercayai berpunca daripada gegaran gempa bumi ketika ditemui Bernama, di sini hari ini. Setakat ini lima gegaran telah direkodkan di Segamat pada 6.13 pagi, 24 Ogos dengan 4.1 pada skala Richter; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5); 4.24 pagi semalam (3.4) dan 7.29 pagi tadi (2.7). Foto BERNAMA

SEGAMAT: Kemunculan rekahan tanah di kawasan kebun diĀ  bahagian belakang rumah yang dipercayai berpunca daripada gegaran gempa bumi menimbulkan kebimbangan seorang penduduk di Jalan Buloh Kasap, Batu 2 di sini.

Ramlah Ishak, 56, berkata kejadian itu dilihat semakin membimbangkan memandangkan kawasannya terkesan dengan semua insiden gegaran di daerah itu, termasuk yang terbaharu pada 7.29 pagi tadi.

“Pada dua minggu lepas saya nampak ada garis biasa dan kecil di tanah itu mungkin sebab cuaca panas.

“Tetapi apabila gegaran berlaku dalam seminggu ini saya lihat ada rekahan yang semakin ketara, posisinya pula di tengah-tengah laluan kebun dan ada sedikit di bahagian tepi. Ini yang buat saya rasa tidak sedap hati,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

KESAN rekahan tanah ketara di kawasan kebun di bahagian belakang rumah di Jalan Buloh Kasap, Batu 2 di sini yang dipercayai berpunca daripada gegaran gempa bumi. Setakat ini lima gegaran telah direkodkan di Segamat pada 6.13 pagi, 24 Ogos dengan 4.1 pada skala Richter; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5); 4.24 pagi semalam (3.4) dan 7.29 pagi tadi (2.7). Foto BERNAMA

Beliau yang mempunyai pengalaman 20 tahun sebagai pelukis pelan berharap tiada lagi gempa bumi susulan berlaku kerana khuatir keselamatannya.

“Jika berlaku lagi dan rekahan semakin besar, saya rasa agensi berkaitan harus mengambil tindakan lanjut untuk membuat penilaian dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Ramlah berkata meskipun gegaran pagi tadi hanya pada 2.7 skala Ritcher, namun impaknya hampir menyamai gegaran pertama pada 24 Ogos lepas.

“Bumbung rasa bergegar, bunyi gegaran pula seakan guruh,” katanya.

Setakat ini lima gegaran telah direkodkan di Segamat pada 6.13 pagi, 24 Ogos dengan 4.1 pada skala Richter; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5); 4.24 pagi semalam (3.4) dan 7.29 pagi tadi (2.7).– Bernama

Continue Reading

Previous: Jalur gemilang berkibar megah di New York sempena Hari Kebangsaan ke-68
Next: Abang sado’ ATM tambah tarikan perbarisan Hari Kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.