
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Ritcher melanda kawasan Utara Halmahera, Indonesia pada 12.19 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia( MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 94 kilometer (km) itu berlaku kira-kira 105km utara dari Ternate, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.- Bernama