Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Ritcher melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 8.22 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.6 darjah selatan dan 102.2 darjah timur, dengan kedalaman 70 kilometer (km).

Gempa bumi itu berada pada jarak 199km selatan dari Bengkulu, Indonesia. 

MetMalaysia bagaimanapun memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan. – Bernama

Hati Meniti

HATI ialah ruang paling dalam pada diri manusia. Wajah boleh tersenyum, tutur kata boleh kedengaran tenang dan langkah boleh kelihatan