Gempa bumi sederhana landa Laut Sulawesi, Indonesia

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 magnitud dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada 10.23 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa bumi itu dikesan pada kedudukan 4.5 darjah Utara dan 124.9 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Menurut kenyataan itu, lokasi berkenaan terletak kira-kira 199 km ke barat Pulau Talaud, Indonesia.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia. – Bernama

Gerhana matahari penuh memukau di Eropah

BURGOS, Sepanyol: Jutaan penduduk Eropah dijangka menatap langit dengan penuh kagum apabila fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku merentasi

15 maut bot karam di Zimbabwe

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa, menurut