Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia dan Rantau Kepulauan Filipina
  • SEMASA

Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia dan Rantau Kepulauan Filipina

Utusan Sarawak 6 hours ago
DUA gempa bumi berskala sederhana direkodkan di Indonesia dan Filipina pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi berskala sederhana direkodkan di Indonesia dan Filipina pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi  berukuran 5.5 pada skala Richter melanda kawasan Laut Banda, Indonesia pada 11.05 pagi berpusat pada koordinat 6.7 darjah selatan dan 130.1 darjah timur dengan kedalaman 103 kilometer (km).

Gempa bumi itu berada pada jarak 398 km Tenggara dari Ambon, Indonesia.

Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter pula melanda Rantau Kepulauan Filipina pada 10.56 pagi, berpusat pada koordinat 5.0 darjah utara dan 127.4 darjah timur, dengan kedalaman 65 km.

Gempa bumi itu berada pada jarak 136 km timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia.

MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan dua gempa bumi itu. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak sambut kumpulan pelawat pertama sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026
Next: Mangsa banjir di Johor meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.