Gempa bumi magnitude 5.3 landa luar pantai barat Sumatera Utara

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR, 19 November: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 melanda luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada 9.34 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa terletak pada koordinat 0.4 darjah Utara dan 96.4 darjah Timur, kira-kira 168 kilometer barat daya dari Nias, Indonesia.

Penilaian awal MetMalaysia mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.- Bernama

Puisi

Ayah; Pencinta Tanpa Kata (i) Bahang mentari sudah sebati mencemarkan kulitmu yang asli tubuhmu jua tak mampu sembunyi telagahmu bersama