
TOKYO: Gempa bumi bermagnitud awal 5.9 melanda luar pesisir timur Hokkaido di utara Jepun pada awal pagi tadi, menurut agensi cuaca negara itu yang memaklumkan tiada ancaman tsunami susulan gegaran berkenaan, lapor Agensi Berita Kyodo.
Agensi Meteorologi Jepun berkata gempa bumi itu berpusat di tenggara Semenanjung Nemuro pada kedalaman kira-kira 40 kilometer dan berlaku pada 1.40 pagi, dengan kekuatan maksimum lima bawah pada skala intensiti seismik Jepun di beberapa kawasan Hokkaido.
Ketika gempa bumi berlaku, Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana menyiarkan amaran kecemasan yang meramalkan gegaran boleh mencecah tahap lima atas pada skala seismik Jepun.
Kerajaan turut menubuhkan pejabat perhubungan di Pejabat Perdana Menteri bagi menangani situasi berkenaan.
-Bernama