Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gempa bumi lemah landa Sri Medan, Johor petang tadi
  • SEMASA

Gempa bumi lemah landa Sri Medan, Johor petang tadi

Utusan Sarawak 2 days ago
GEMPA bumi lemah 2.9 magnitud direkodkan MetMalaysia di Sri Medan petang tadi

JOHOR BAHRU: Satu gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter dikesan melanda kawasan Sri Medan, Parit Sulong, Batu Pahat, pada 6.39 petang tadi.

Menurut laman sesawang myGempa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gegaran berada di koordinat 1.95 darjah Utara dan 102.99 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, tiada sebarang laporan kerosakan atau gegaran kuat diterima setakat ini.

Beberapa siri gegaran direkodkan di Segamat sebelum ini bermula dengan kejadian pertama pada 6.13 pagi 24 Ogos dengan magnitud 4.1; 8.59 pagi Rabu (3.2); 7.56 malam Khamis (2.5); 4.24 pagi Jumaat (3.4); 7.29 pagi Sabtu lepas (2.7) dan magnitud 2.9 pada 31 Ogos.

Satu gegaran direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada 24 Ogos. – Bernama

Continue Reading

Previous: UK sedia bekerjasama dengan Sarawak dalam tenaga boleh diperbaharui
Next: Sarawak pelajari kaedah cegah jerebu melalui lawatan teknikal ke Jambi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.