Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Gempa bumi lemah dikesan di Ranau – MetMalaysia
  • UMUM

Gempa bumi lemah dikesan di Ranau – MetMalaysia

Utusan Sarawak 3 months ago

Foto Ihsan MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 3.16 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer barat dari Ranau dengan kedalaman empat kilometer. 

“Gegaran dirasai di sekitar Ranau. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut hantaran di laman Facebook MetMalaysia.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu agar mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan dan pemantauan sedang dilakukan.

“Setakat ini tiada laporan kejadian tidak diingini atau kerosakan diterima dan pihak kami sentiasa bersedia atas sebarang kemungkinan,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi di Timur Indonesia, turut dirasai di Sabah
Next: Kota Marudu Sabah dilanda gempa bumi lemah hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.