Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gempa bumi lemah dikesan di Mambong, gegaran turut dirasai di Samarahan, Serian
  • SEMASA

Gempa bumi lemah dikesan di Mambong, gegaran turut dirasai di Samarahan, Serian

Utusan Sarawak 7 hours ago
KENYATAAN MET Malaysia.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan dua kejadian gempa bumi lemah berlaku di Sabah dan Sarawak pada 2 Jun lalu, masing-masing bermagnitud 2.9.

Menurut kenyataan media MET Malaysia hari ini, gempa bumi pertama berlaku di Ranau, Sabah pada 10.36 pagi dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Gempa bumi itu berpusat pada latitud 6.07 darjah Utara dan longitud 116.58 darjah Timur, manakala gegarannya turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kundasang, Ranau dan Kota Belud.

Pada hari yang sama, satu lagi gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 dengan kedalaman 10 km direkodkan di Mambong, Sarawak pada 10.33 malam.

Gempa bumi tersebut berpusat pada latitud 1.32 darjah Utara dan longitud 110.39 darjah Timur, dengan gegaran dirasai di beberapa kawasan sekitar Samarahan dan Serian.

MET Malaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak bimbang kerana kedua-dua kejadian gempa bumi yang berlaku adalah pada magnitud lemah.

Maklumat cuaca dan gempa bumi terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi myCuaca serta saluran media sosial rasmi jabatan berkenaan. Hotline 1300-22-1638 turut disediakan untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Puspakom: Pemilihan jenis pemeriksaan penting untuk penilaian kenderaan yang tepat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.