Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gempa bumi lemah di Mambong cetus panik penduduk Samarahan dan Serian
  • TEMPATAN

Gempa bumi lemah di Mambong cetus panik penduduk Samarahan dan Serian

Utusan Sarawak 4 hours ago
ZULFIKAR Haziq Ahmad, 34.

KOTA SAMARAHAN: Kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 yang melanda kawasan Mambong pada malam 2 Jun lalu mencetuskan rasa terkejut dan panik dalam kalangan penduduk sekitar Samarahan dan Serian yang merasakan gegaran secara jelas walaupun hanya berlangsung beberapa saat.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), gempa bumi tersebut berlaku pada 10.33 malam pada kedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa terletak pada latitud 1.32 darjah Utara dan longitud 110.39 darjah Timur.

Gegaran itu dilaporkan turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Samarahan dan Serian, namun tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Seorang penduduk yang menetap di kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tarat, Zulfikar Haziq Ahmad, 34, berkata beliau merasakan gegaran selama kira-kira dua hingga tiga saat ketika sedang berbaring di dalam biliknya.

“Saya sedang berehat di atas katil apabila tiba-tiba terasa gegaran yang agak kuat walaupun struktur katil saya kukuh. Pada mulanya saya hairan dengan apa yang berlaku kerana keadaan rumah kelihatan normal.

“Ramai jiran turut merasakan perkara yang sama dan kami semua terkejut dengan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Abdul Ghafar Jolkadir, 29, dari Kampung Seniawan Jepun, Jalan Ensenggei, berkata beliau pada awalnya menyangka bunyi dan gegaran yang dirasai berpunca daripada kucing yang berlari di atas bumbung rumah.

ABDUL Ghafar Jolkadir, 29.

“Namun selepas beberapa saat saya melihat lampu gantung di ruang tamu bergoyang dan adik saya yang sedang baring di lantai turut merasakan gegaran tersebut.

“Gegaran itu berlaku sekitar lima saat atau kurang. Ini kali pertama saya mengalami situasi seperti ini, jadi memang agak panik dan perkara pertama yang saya lakukan ialah bergegas ke ruang tamu untuk melihat apa yang berlaku,” katanya.

Beliau bagaimanapun memaklumkan tiada kerosakan berlaku pada rumahnya dan keadaan kembali normal selepas gegaran berakhir.

MET Malaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan menyalurkan maklumat terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Menurut agensi itu, orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi yang berlaku berada pada magnitud lemah dan tidak menimbulkan ancaman serius.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JKR pasang CCTV 24 jam di Jambatan Batang Lupar 1, tingkat keselamatan pengguna
Next: JKR Sarawak nafi dakwaan Jambatan Batang Lupar 1 ditutup semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.