BEIJING: Gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda timur Teluk Aden pada 2107 GMT, Khamis, menurut Pusat Penyelidikan Jerman Geosains GFZ, lapor Xinhua.
Berdasarkan maklumat awal, pusat gempa berkedalaman 10 kilometer (km) pada latitud 13.22 darjah utara dan longitud 50.44 darjah timur.
Gempa bumi dengan magnitud 5.4 turut dikesan di Kepulauan Fiji pada 2302 GMT, Khamis dengan pusat gempa berkedalaman 509.7 km pada latitud 20.42 darjah selatan dan longitud 177.59 darjah barat.- Bernama-Xinhua




