Gempa bumi kuat melanda barat Pulau Macquarie

Facebook
WhatsApp
Foto Jabatan Meteorologi Malaysia.

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda kawasan barat Pulau Macquarie, Australia pada 7.22 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan gempa itu berlaku pada kedalaman 61 kilometer dan dikesan 1,544 kilometer di selatan Tasmania, Australia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

-Bernama

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan