Gempa bumi kuat landa Sulawesi, gegaran di Tawau, Lahad Datu

Facebook
WhatsApp
SATU gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter.

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi, pada 4.50 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman 131 kilometer (km) itu berlaku kira-kira 120 kilometer (km) Barat dari Gorontalo, Indonesia.

MetMalaysia memaklumkan gegaran dirasai di bahagian Tawau dan Lahad Datu, Sabah.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama