Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa Sulawesi, gegaran turut dirasai di Sabah

Facebook
WhatsApp
GEGARAN dirasai di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Semporna di Sabah, namun tiada ancaman tsunami kepada negara. - Foto X/MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 dikesan berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada 12.25 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 0.1 darjah selatan dan 120.6 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Gempa bumi itu berada pada jarak 116 km Timur Laut dari Palu, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, gegaran dirasai di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Semporna di Sabah, namun tiada ancaman tsunami kepada negara. – Bernama